Nampaknya anda bakal mempunyai satu lagi cara untuk buat bayaran kopi Starbucks kegemaran anda. Starbucks dan Microsoft akan bekerjasama untuk membolehkan pelanggan Starbucks membuat bayaran menggunakan wang kripto.

ICE (Intercontinental Exchange) bakal menubuhkan syarikat Bakkt, yang akan menggalakkan pengguna wang kripto untuk membeli kopi dan makanan di Starbucks.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Bakkt akan secara mudah menukar bitcoin kepada dolar untuk memudahkan pembelian. Syarikat seperti Expedia dan Shopify sudah pun menerima bitcoin dalam transaksi harian mereka.

Ianya pendekatan Starbucks bagi membolehkan pelanggan menggunakan wang kripto dengan lebih mudah dalam urusan seharian.

Jika perkhidmatan ini sudah sedia kelak, cara bayaran ini akan menemui pelanggan Starbucks di Amerika Syarikat terlebih dahulu serta negara yang sudah mengiktiraf bitcoin. Malaysia? Mungkin perlu tunggu terlebih dahulu.