Semua dron, sama ada dalam operasi berisiko rendah atau tinggi, mestilah mendapatkan permit untuk terbang bagi setiap aktiviti menurut Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia.

Memetik laman FMT, keperluan ini dikenakan kepada dron dengan kamera terbang di bawah 400 kaki untuk aktiviti seperti penggambaran perkahwinan, video korporat dan rekreasi.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →
dron
Sumber Gambar: Utusan

Agensi penerbangan itu membuat kenyataan ini susulan arahan keselamatan yang dibuat oleh CEO CAAM Norazman Mahmud baru-baru ini yang mana mengatakan sebarang operasi penerbangan yang dilakukan tanpa permit bakal dikenakan tindakan.

Pada 2024, CAAM telah mengenalpasti beberapa operasi penerbangan pesawat tanpa pemandu, khususnya untuk tujuan latihan, yang telah dilakukan tanpa permit yang sewajarnya.

Oleh itu, setiap operasi penerbangan, termasuklah oleh organisasi yang melakukan latihan penerbangan dari jarak jauh perlu mendapatkan permit  Authorisation To Fly (ATF) menurut Norazman.

Bagi memudahkan proses permintaan permit, CAAM akan menyediakan proses pendaftaran secara dalam talian. Malah, pihak CAAM akan menyediakan panduan jelas dan bantuan bagi memastikan pematuhan terhadap protokol keselamatan.

Pendaftaran permit pula perlu dilakukan sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh penerbangan bagi memastikan proses pendaftaran berjalan dengan lancar.

Difahamkan anda perlu membayar RM250 untuk mengambil permit dron dengan keberatan kurang daripada 20kg.

Selain itu, dron mestilah disemak oleh SIRIM untuk standard keselamatan dan kualiti, manakala jabatan tinjauan dan pemetaan mengeluarkan permit untuk fotografi udara dan pemetaan.

Pendaftaran untuk ATF boleh dilakukan dengan memuat turun borang rasmi kemudian hantar melalui emel kepada [email protected].

Langkah ini diambil dalam menguruskan ruang udara negara dengan lebih efektif di samping boleh menjaga privasi sesebuah premis atau kawasan.

Kesalahan mengendalikan dron tanpa kebenaran boleh dikenakan denda minimum RM50,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-dua sekali bagi individu manakala denda maksimum RM100,000 untuk badan korporat menurut laporan terdahulu.