Sejak akhir-akhir ini seiring dengan kebanjiran servis penawaran penghantaran makanan, orang ramai dilihat lebih selesa dengan memesan makanan terus ke rumah atau pejabat mereka.

Terbaru, servis penghantaran makanan ini bakal dipertingkatkan lagi dengan penghantaran terus menggunakan dron. Menariknya, servis ini bakal dimulakan tidak lama lagi sekitar akhir bulan ini.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →
F119DE65-7156-49CD-BE20-2C01FF9904E8
Sumber: PYMNTS

Menurut CEO Average Dron Sdn Bhd, Hamdee Hamdan, servis penghantaran makanan menggunakan dron ini cuma mengambil masa sekitar 12 minit selepas tempahan dibuat. Syarikat ini juga bakal berkolaborasi bersama Futurise yang dikelolakan oleh Cyberview dibawah Kementerian Kewangan.

Untuk masa terdekat ini, servis ini bakal ditawarkan sekitar Cyberjaya terlebih dahulu sebelum ditawarkan di beberapa kawasan lain. Servis yang ditawarkan bakal meliputi kawasan sekitar dua kilometer daripada bangunan Futurise yang terletak Cyberjaya manakala cas penghantaran yang dikenakan cuma RM2.50. Agak menarik untuk menyaksikan bagaimana servis ini diperluaskan serta digunakan orang ramai kelak.

Sumber