Berbincang mengenai pelaburan hartanah, pastinya ramai yang bersetuju di mana pelaburan ini menjanjikan pelaburan yang tinggi dan berbaloi buat para pelabur.

Harga  hartanah yang semakin meningkat membolehkan para pelabur mengaut keuntungan sama ada melalui sewaan atau penjualan semula.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Dalam pada itu, tidak semua hartanah sesuai dijadikan sebagai pelaburan. Menerusi perkongsian X @shxhrxlxr, beliau memaklumkan sebuah apartment bernama Skypark Cyberjaya, Jalan Teknokrat 1 bermula serendah RM262,400.

Lebih mengejutkan, apartment yang pada awalnya ditawarkan pada harga mencecah setengah juta Ringgit ini mengalami kejatuhan harga hanya dalam tempoh 6 tahun sahaja.

Menerusi semakan di laman web lelong hartanah, apartment di Cyberjaya ini mulai didapati dilelong pada harga RM400,000 pada Mac 2021 dan kemudiannya semakin turun harga lelongan sehinggalah mencecah RM226,000 pada ketika ini.

Berdasarkan respon di kalangan netizen menerusi harga lelongan yang rendah, rata-rata netizen bersetuju apartment ini wajar ditawarkan dengan harga yang rendah.

Difahamkan maintenance yang jarang dilakukan, sering mengalami kebakaran, lif kerap bermasalah serta perlu membayar parkir setiap kali mahu masuk ke apartment antara yang menjadi punca orang ramai tidak berminat untuk menetap di apartment ini.

Sumber