Pengurus Tottenham, Ange Postecoglou menegaskan dia tidak akan menggunakan ‘seni gelap’ atau ‘dark art’ seperti Mikel Arteta ketika berhadapan dengan Man City.

Postecoglou sebelum ini pernah menyatakan bahawa dia tidak akan sesekali menyuruh pemainnya berkampung di kawasan sendiri dan bertahan. Dia berkata begitu setelah pasukannya bermain dengan 10 pemain dan kalah 4-1 di tangan Chelsea musim lalu.

Pasukannya kekal mengasak lawan dan bermain high pressing. Dia berkata: “Itulah cara kami bermain selagi lagi saya berada di sini. Jika kita tinggal 5 orang sahaja sekalipun, kami akan tetap bermain dengan cara sama.”

Minggu lalu, Pep Guardiola dan beberapa pemain Man City mengkritik taktikal Mikel Arteta yang dianggap terlalu negatif. Dengan sistem permainan blok rendah dan banyak melengahkan permainan.

Dua pemain Arsenal dilayangkan kad kuning kerana menangguhkan perlawanan pada 10 minit terakhir perlawanan di Stadium Etihad sebelum City menjaringkan gol penyamaan pada masa kecederaan.

Postecoglou memberikan komen: “Lihat, saya fikir ia adalah sebahagian daripada permainan dan ia sentiasa wujud.

“Saya pernah berkata sebelum ini saya tidak suka, saya tidak percaya kepada seni gelap – saya tidak tahu bagaimana untuk melakukannya.

“Ianya memang tidak masuk, tetapi saya telah melihat ia sangat berkesan dan alat yang sangat berkesan [digunakan Arsenal ke atas City].

“Perkara seperti itu selalu berlaku, jika pasukan itu dikurangkan pemain, kamu bermain dengan cara begitu, kita harus lebih berdisiplin untuk memastikan kita tidak terganggu oleh itu. Kerana akhirnya saya rasa peranan setiap pengurus dan setiap pasukan perlu mencuba dan menumpaskan pihak lawan dengan satu cara atau yang lain.

“Ada yang melakukannya dengan cuba mengganggu dan menyekat apa-apa jenis momentum daripada lawan mereka, yang lain mahukan momentum itu dan mahu menguasainya, jadi ia bergantung kepada bahagian mana yang anda mahu ganggu.”

Postecoglou menegaskan bahawa dia bukan orang yang tepat bercakap tentang seni gelap dalam bola sepak. Kerana dia tidak arif tentang gaya permainan begitu.