Baru-baru ini tular satu klip video dipercayai dirakam seorang pemandu bas ekspres semasa satu pemeriksaan oleh beberapa individu yang mengaku daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berpakaian preman.
Sehubungan dengan itu JPJ dalam kenyataan hari ini mengesahkan bahawa ketiga-tiganya lelaki terbabit adalah pegawai penguat kuasa jabatan itu.
Baca Juga:
- Remaja Ini Jadi Pemilik Lesen ‘P’ eTesting JPJ Pertama Di Malaysia
- JPJ Raih RM569.6 Juta Hasil Kutipan Nombor Plat Khas Pada 2023
- Anggota JPJ Diserang Semasa Bertugas, Lori Dikesan Tiada Insurans Dan ‘Roadtax’ Mati
JPJ menjelaskan bahawa pegawai penguat kuasa JPJ dibolehkan untuk tidak memakai uniform atau vest bagi tujuan penyamaran ketika melakukan operasi.
@ehailing.fm video kini tersebar menunjukkan seorang pemandu bas bertengkar mulut dengan anggota JPJ yang dalam operasi penyamaran. kredit tuan video #jpj #mot #bas
“Sepanjang operasi itu, jabatan ini menggunakan pelbagai kaedah termasuk melakukan pemeriksaan di sekatan jalan raya, pemeriksaan pemandu bas di terminal bas sebelum memulakan perjalanan dan pemantauan di lokasi sering berlaku kemalangan termasuk menggunakan teknologi dron.
“Pihak JPJ juga menyamar sebagai penumpang bas ekspres, penyamaran menggunakan kenderaan tanpa lambang jabatan di samping bertindak atas aduan serta maklumat daripada orang ramai melalui sistem eAduan dalam aplikasi MyJPJ.
“Menerusi video tular itu, 3 pegawai penguat kuasa JPJ tanpa seragam atau vest sedang melakukan pemeriksaan dan menahan sebuah bas ekspres ketika operasi khas pada 16 April lalu jam 12.10 tengah hari di Lebuhraya Utara-Selatan menghala arah Utara dekat Nilai menggunakan kaedah penyamaran,” katanya.
JPJ melaksanakan Operasi Khas Hari Raya Aidil Fitri (HRA) 2024 bermula 1 April lalu dan akan tamat pada 20 April ini bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya terutama penumpang bas ekspres.
Terdahulu tular satu klip video sebuah bas ekspress ditahan oleh anggoat JPJ berpakaian preman. Kejadian dipercayai jam 12.30 tengah hari di Lebuhraya Kuala Lumpur – Seremban selepas jejantas susur keluar ke Nilai hala ke ibu kota.