Pada minggu lepas tular kisah seorang anggota tentera menumbuk seorang pemandu wanita yang membawa kereta Perodua Axia. Anggota tersebut mengaku tidak bersalah dan telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Bagaimanapun pada hari ini anggota tentera berusia 35 tahun itu dihadapkan ke Mahkamah Majistret, atas pertuduhan melakukan khianat terhadap kenderaan mangsa terbabit.

Baca Juga:

Namun begitu, tertuduh, Abdul Hafiz Abu Bakar, 35, mengaku tidak bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret, Nurul Saqinah Rosli. lapor Berita Harian.

Anggota Tentera Disyaki Terajang Pemandu Axia Sehingga Cedera Rusuk Dan Kepala Sudah Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan khianat terhadap harta benda dengan merosakkan pintu depan kereta milik seorang wanita berusia 28 tahun.

Kesalahan itu dilakukan kira-kira jam 10.20 malam di Taman Satria, Senawang, di sini, 29 Mac lalu.

Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada satu tahun dan tidak melebihi lima tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Keluarga Menangis Minta Maaf Selepas Lelaki Tumbuk Pemandu Axia Kena ‘Kutip’

Berikutan pengakuan tidak bersalah oleh tertuduh, Timbalan Pendakwa Raya, Nadia Ezzati Mohd Zainal, mencadangkan jaminan sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin.

Peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Syed Fadil Syed Othman, memohon agar jaminan minimum diberikan memandangkan tertuduh menanggung dua orang anak sementara isterinya tidak bekerja.

Majistret kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 Mei sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sumber