Hebatnya keselamatan sesebuah negara bukanlah terletak pada keberanian askar semata-mata. Tetapi pada masa yang sama ia juga melibatkan alat kelengkapan  yang digunakan untuk menangani musuh.

Baru-baru ini sekumpulan anak tempatan telah membuktikan mereka mampu menghasilkan sebuah kereta perisai bertaraf antarabangsa. Semalam, MILDEF International Technologies (MILDEF) telah melancarkan sebuah kereta perisai mobiliti tinggi yang dikenali sebagai MILDEF HMAV 4×4.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Menurut Khairul Hazwan Mohd Rasit, Ketua Jurutera MILDEF HMAV 4×4, kenderaan ini dilengkapi dengan teknologi, ciri keselamatan dan ruang untuk meletakkan senjata.

“Kenderaan ini kita boleh pasang mana-mana senjata atau sistem persenjataan yang ada di luar sebab kita ‘customise’ sendiri semua barang.

“Apa-apa senjata termasuk anti aircraft, kita boleh pasang, tiada masalah untuk kenderaan ini. Pada dasarnya, ia mengikut keperluan dari pelanggan, ikut senjata apa yang mereka mahukan,” katanya ketika di wawancara oleh Astro AWANI.

MILDEF HMAV 4×4 mampu bergerak di atas pelbagai bentuk muka bumi dengan mencapai kelajuan 110km/j. Kereta perisai ini telah memenuhi syarat Stanag 4569 NATO tahap 2A, 2B yang dapat bertahan dari letupan periuk api, senjata balistik dan juga artileri.

“Kita boleh katakan ia 100 peratus buatan tempatan, anak Malaysia. Tujuan kita bangunkan kenderaan ini adalah untuk membantu aset pertahanan negara, memantapkan pertahanan negara untuk masa akan datang,” kata Datuk Seri Mohd Nizam Kasa, Ketua Pegawai Eksekutif MILDEF.

Jumlah kos R&D HMAV ini sekitar RM16 Juta dan mengambil masa kira-kira 4 tahun untuk dilancarkan dan siap untuk diuji oleh Tentera Darat. Harga seunit adalah sekitar RM10 juta – RM14 juta bergantung pada varian, terang Datuk Seri Mohd Nizam Kasa.

MILDEF merancang untuk menjual 200 unit MILDEF HMAV 4×4 setahun. Beberapa buah negara dari Timur Tengah dan Asean telah menunjukkan minat berikutan permintaan tinggi untuk kereta perisai jenis ini.

Tahniah diucapkan kepada MILDEF Internation Technologies kerana telah berjaya mengangkat nama Malaysia dalam bidang kelengkapan ketenteraan ke arena antarabangsa.

Pada awal minggu ini, beberapa orang telah berjaya menangkap gambar kereta Proton versi ‘R3 Limited Edition’ berada di atas treler menuju ke suatu lokasi. Klik pautan di bawah untuk baca lebih lanjut.

Sudah Mula Naik Treler, Model Proton ‘R3 Limited Edition’ Bakal Dilancarkan Tidak Lama Lagi?

Pemandu Selamat Walaupun Kereta ‘Total Lost’, Proton X50 Layak Terima Penarafan NCAP ASEAN 5-Bintang

Nampak Seperti Kereta Baru, Proton Saga Tahun 1989 Mahu Dijual Dengan Harga RM25,000

Sumber