Leftenan Muda Chan Ming Youn membuatkan ibu bapanya bangga apabila berjaya menamatkan kursus komando baru baru ini.

Lebih membanggakan lagi apabila Chan, dari  Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja (2 RRD), menjadi penuntut berbangsa Cina tunggal yang menamatkan Latihan Kursus Asas Komando Siri AK/1/2024 di Pantai Betutu Laut, Sungai Udang pada 28 Apr 2024.

Baca Juga:

Ketika ditanya oleh Panglima 21 Gerup Gerak Khas (21 GGK) merangkap Pengerusi Gerak Khas, Mej Jen Adi Ridzwan Abdullah, kenapa dia berminat menyertai komando, Chan Ming Youn berkata sebab minat dan mahu berkhidmat untuk negara tercinta.

Sambil Mejar Jenera Adi Ridzwan mencadangkan agar Chan selepas ini ditemuduga untuk jawatan komando.

Berita itu dikongsikan oleh laman Facebook rasmi Berita Tentera Darat Malaysia yang menulis:

“Lt M Chan Ming Youn dari Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja (2 RRD).

“Chan menjadi satu-satunya penuntut berbangsa cina yang berjaya menamatkan latihan selama 12 minggu setelah mengharungi pelbagai peringkat latihan yang telah disempurnakan oleh Panglima 21 Gerup Gerak Khas (21 GGK) merangkap Pengerusi Gerak Khas, Mej Jen Adi Ridzwan.”

Chan Min Young merupakan seorang pemegang ijazah Sarjana Muda Perakaunan itu berkata:

“Saya berasa dari Kuala Lumpur, berusia 25 tahun, pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan. Sebenarnya saya anggota 515 wataniah.

“Saya sebelum ini tiada sebarang pengetahuan sekalipun tentang komando.

“Ketika saya mula berkhidmat dalam 515 wataniah, itulah pertama kalinya saya melangkah ke dalam dunia ketenteraan ini. Saya mendapat sedikit ilmu dan pengalaman serta pengetahuan tentang dunia ketenteraan.

“Kemudian saya diperkenalkan kepada dunia komando. Jadi saya cabar diri saya untuk masuk komando, walaupun saya asalnya seorang anggota wataniah, saya pun boleh jadi seorang komando.

Chan bertekad untuk terus berkhidmat dalam komando dan menambah lagi pengetahuan dan kepakarannya. Dia mahu menyertai lebih banyak kursus selepas ini.

Akhir sekali dia berharap dia akan dapat menjadi seorang komando yang berkualiti yang sentiasa menjaga nama baik seorang komando sehingga akhir hayatnya.

@raden_sembara

Lt M Chan Ming Youn dari Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja (2 RRD) menjadi satu-satunya penuntut berbangsa cina yang berjaya menamatkan latihan selama 12 minggu setelah mengharungi pelbagai peringkat latihan yang telah disempurnakan oleh Panglima 21 Gerup Gerak Khas (21 GGK) merangkap Pengerusi Gerak Khas, Mej Jen Adi Ridzwan Abdullah #army #tenteradarat#komando #ggk#gerupgerakkhas

♬ bunyi asal – Raden Sembara – Raden Sembara