Seorang anggota tentera meninggal dunia dipercayai mengalami kecederaan dalaman selepas didera anggota senior di kem di Miri, kelmarin, lapor Harian Metro.

Anggota berusia 21 tahun berasal dari Puchong, Selangor itu disahkan meninggal dunia di Hospital Miri.

Baca Juga:

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata, mengesahkan kejadian itu namun tiada butiran lanjut sama ada anggota senior ditahan untuk siasatan.

Memetik laporan itu, pada 2.15 pagi Isnin lalu, mangsa yang sedang tidur di berek bujang kem berkenaan dikejutkan oleh dua anggota senior untuk bersahur.

Bagaimanapun sebelum bersahur, dua anggota senior mengarahkan mangsa untuk melakukan ‘commando rest’ (pacak kepala di lantai, tangan ke belakang) selama dua minit dan tekan tubi sebanyak 20 kali.

Setelah berbuat sedemikian, mangsa berdiri dalam keadaan berpeluh. Mangsa terus pitam dan kejadian itu kemudian dimaklumkan kepada seorang anggota berpangkat Koperal yang juga ketua bilik bujang di berek berkenaan.

Ketua bilik bujang itu menghantar anggota ke Hospital Miri namun doktor mengesahkan mangsa meninggal dunia pada 3.05 pagi.

Sumber