Umum mengetahui, pasport merupakan dokumen perjalanan yang paling penting sekali dibawa sebelum bercuti ke sesebuah negara kerana ia membuktikan identiti serta kewarganegaraan seseorang.

Kebanyakan orang sering mengambil mudah tentang kepentingan pasport kerana beranggapan bahawa tiada masalah yang akan timbul selagi passport yang ingin digunakan belum tamat tempoh.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Akan tetapi, pasti ada individu yang tidak tahu bahawa pasport perlu diperbaharui sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum tamat tempoh dan anda akan berdepan masalah tidak dibenarkan berlepas ke negara tujuan anda jika baki ‘validity’ kurang dari 6 bulan.

Itulah apa yang berlaku kepada pengguna TikTok @azuraww_ ini dimana dia tidak boleh menaiki kapal persiaran mewah selepas pasport miliknya hanya berbaki 1 bulan sebelum tamat tempoh.

@azuraww_

I anxiety naik flight. Takut naik flight. Dah dapat chances nak kapal laut rasa seronok sgt. Dgn anak2 plak tu. I mmg dah plan this special for them. Tapi Allah tak izinkan. Yang dapat naik anak sulong i seorang. Kami berempat (saya, suami. Aishah dan amir) x dapat naik. Try call the pic tak angkat2. Cuma saya berharap duit saya dapat refund untuk saya naik cruise lain atau trip yg lain at least. cruise worldcruise resortworldcruise cruisemalaysia passportluparenew passport

♬ original sound – AZURAWW | FOUNDER AJNAA – AZURAWW | FOUNDER AJNAA

Menerusi video yang dimuat naik olehnya, dia menzahirkan rasa sedih apabila tidak dapat menaiki kapal persiaran mewah tersebut bersama-sama keluarganya.

Tambahnya, dia kecewa kerana agensi yang menguruskan tiket tidak memberitahu dia dan keluarga untuk perbaharui pasport mereka 6 bulan sebelum tamat tempoh serta berharap dapat menukar tarikh percutian atau ‘refund’.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen bersimpati dengan nasib yang diterima oleh wanita itu sekeluarga.

Malah, para netizen mengatakan sepatutnya agensi itu memberitahu mereka sekeluarga dan ada juga yang mengatakan sepatutnya dia tidak menyalahkan mana-mana pihak kerana di belakang pasport ada tertulis bahawa perlu perbaharui 6 bulan sebelum tamat tempoh.