Baru-baru ini, menjadi buah mulut warganet apabila siri animasi D.O.A yang terkenal di Indonesia memperkenalkan watak baharu iaitu Burik & Gepeng yang mirip karakter Upin & Ipin.
Siri animasi D.O.A ini telah ditayangkan di Indonesia sejak tahun lalu dimana ianya diadaptasi daripada sebuah komik di ruangan komik akhbar Poskota yang terkenal sekitar tahun 80-90 an. Karakter Burik & Gepeng merupakan karakter sampingan yang baru diperkenalkan oleh siri berkenaan. Cuma ianya baharu mendapat respon daripada rakyat Malaysia sejak hujung minggu lalu.
Rata-rata warganet berkata watak Burik & Gepeng kelihatan serupa dengan watak Upin & Ipin dimana menampilkan satu watak botak dan satu watak lagi hanya memiliki sedikit rambut. Perbezaan yang dapat dilihat antara watak Burik & Gepeng dan Upin & Ipin adalah dari segi tona warna dan ketinggian karakter.
Ini menimbulkan pelbagai reaksi dari warganet mengenai karakter tersebut. Untuk pengetahuan anda, siri animasi Upin & Ipin mula ditayangkan pada tahun 2007 dan kini sudah lebih 10 tahun usia siri animasi tersebut. Malah, siri animasi Upin & Ipin menjadi rancangan hiburan pilihan ibu bapa untuk anak-anak mereka baik di Malaysia bahkan di Indonesia.
Persengketaan antara Malaysia dan Indonesia seperti tiada penghujungnya apabila berkaitan dengan hal-hal kebudayaan dimana warga Indonesia sering mendakwa sebahagian besar budaya di Malaysia berasal dari Indonesia. Setelah isu karakter Burik & Gepeng meniru karakter Upin & Ipin tular di laman sosial, rata-rata rakyat Malaysia menyerang page Facebook MPIC Animation Studios yang merupakan syarikat penerbitan siri animasi tersebut.
Walaubagaimanapun, tiada maklum balas dari Mpic animation studios berhubung perkara tersebut. Pada pandangan anda, adakah karakter Burik & Gepeng mengambil inspirasi dari Upin & Ipin atau sebaliknya?
#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.