Melalui saluran rasmi mereka, syarikat gergasi Disney baru-baru ini mengesahkan akan kehadiran filem animasi ‘Frozen 2‘. Perkembangan ini membuat kami rasa sangat teruja, anda juga mungkin merasakan perkara yang sama.
Frozen merupakan sebuah animasi paling laris ketika ini dan mempunyai jutaan peminat dari seluruh pelusuk dunia, merangkumi pelbagai lapisan masyarakat. Ditayangkan pada tahun 2013, Frozen memecahkan rekod dengan kutipan tertinggi sebanyak USD$1.2 billion melalui panggung wayang sahaja, tidak termasuk royalti melalui produk-produk lain. Jika dikira jumlah keseluruhan, angka ini pasti akan menjadi jauh lebih tinggi lagi.
Dengan kekuatan yang telah dibina melalui filem animasi sulung Frozen, Disney dilihat cuba untuk mengekalkan kegilaan peminat terhadap animasi ini dengan pengumuman mengenai ‘Frozen 2’ yang masih lagi dalam proses pembikinan.
Walaupun tiada sebarang berita lanjut mengenai watak-watak dan plot yang akan diisi dalam filem kedua Frozen ini, tetapi kami pasti peminat mahukan sesuatu yang jauh lebih menyeronokkan dan ini pasti memberikan sedikit tekanan kepada warga kerja Disney untuk melakukan yang terbaik.
Jadi sementara menunggu lebih banyak perkembangan lanjut mengenai Frozen 2, kami cadangkan anda untuk melihat sendiri fenomena yang dihasilkan oleh Frozen melalui artikel yang pernah kami paparkan sebelum ini.
1. Apabila bakal doktor mahu menyanyi lagu Let It Go, ianya menjadi sesuatu yang lain dan sangat wow!
2. Kalau anak anda terlalu obses dengan Frozen, ajak mereka salurkannya dalam bentuk yang positif seperti ini.
3. Gelagat gadis Australia ini menyanyikan lagu Frozen dalam bahasa Melayu membuat kami terpesona.
Jangan lupa like kami di Facebook The Vocket