Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila pelakon Aniq Suhair didakwa telah menghamilkan seorang wanita dan difahamkan Aniq mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap pemfitnah tersebut.
Terbaharu, wanita terbabit telah membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi akaun TikTok dan menegaskan bahawa fitnah tersebut bukanlah untuk menjatuhkan reputasi Aniq.
Baca Juga:
- ‘Pandai Urus Duit Baru Boleh Guna’ – Ini Nasihat Penasihat Kewangan Sebelum Anda Mohon Kad Kredit
- Elakkan Diri jadi Mangsa Scam, Ini 12 Pelaburan Emas ‘Trusted’ Yang Patuh Syariah
- Ini Senarai Barang Dan Perkhidmatan Yang Bakal Kekal, Berubah Harga Bermula 1 Mac 2024
“Maaf kepada semua yang follow akaun ini. Maaf kepada media dan terutamanya sekali kepada Aniq untuk hantaran tersebut. Ini adalah satu tindakan tidak wajar terhadap empunya badan.
“Tidak seharusnya saya memuat naik konten seperti ini.
“Sekali lagi, saya minta maaf atas perkara ini. Sekian, Assalamualaikum.” tulis wanita itu.
Dalam pada itu, wanita itu turut mengakui tindakan yang dilakukannya itu sangat tidak wajar. Hasil tinjauan kami, wanita itu telah menutup ruangan komen hantaran tersebut dan memadam semua hantaran sebelum ini mengenai Aniq.