Sebelum ini, wanita yang mendakwa dirinya dihamilkan Aniq Suhair telah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka atas kekhilafannya membuat kenyataan berbaur fitnah ke atas pelakon berkenaan.

Terbaharu, wanita tersebut kembali semula dengan membuat hantaran menunjukkan ‘bukti’ dirinya telah ditipu oleh pelakon terbabit dan mengatakan dirinya telah dimanipulasi.

Baca Juga:

@aifanbila1

@mStar Official @OHBULAN! @Oh My Media @Gempak

♬ Sedih Galau – Ercandra

“Sebenarnya memang betul Aniq Suhair telah membuat saya hamil tapi dia telah memanipulasi saya dan menjanjikan macam-macam serta telah menipu saya supaya saya membersihkan namanya. Ini bukti kami di balai polis bersama peguam dia.

“Jadilah lelaki yang bertanggungjawab. Berhenti mengkhianati orang, cukuplah berpura-pura untuk mencari validasi manusia.” tulis wanita itu.

@aifanbila1

Replying to @S A Y A N G

♬ Yang Kau Siakan – Arvian Dwi

Bukan itu sahaja, wanita terbabit turut menunjukkan paparan mesej yang memaparkan pelakon berkenaan enggan membuat ujian DNA terhadap bayi yang sedang dikandungkan oleh wanita itu.

Selain itu, wanita itu turut menjelaskan bahawa dia sama sekali tidak berniat untuk menjatuhkan reputasi Aniq tetapi hanya mahu Aniq bertanggungjawab.

Malah, dia menegaskan apa yang diperkatakannya itu adalah benar dan tiada apa yang diperoleh sekirnya menjaja cerita yang tidak benar kerana individu yang perlu menanggung masalah tersebut adalah dirinya sendiri.