Bagi para peminat kapal terbang, Anjung Spotter merupakan sebuah kawasan rekreasi ikonik yang ‘wajib’ singgah.

Ia disediakan khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi memudahkan peminat tegar dunia penerbangan dan jurugambar merakam gambar pesawat yang berlepas atau mendarat dengan lebih jelas.

Baru-baru ini para peminat kapal terbang meluahkan rasa sedih apabila struktur kawasan tinjau itu rosak selepas dilanggar sebuah Honda Civic.

Menerusi hantaran video TikTok @kyrolphotography, kelihatan tiang tengah yang menampung struktur kawasan tinjau itu roboh.

Sementara kenderaan yang melanggarnya pula mengalami kerosakan teruk pada bahagian hadapan sehingga enjin terkeluar daripada kereta.

@kyrolphotography

Masyallah Allahuakbar Hujan bersedih seakan mengetahui segalanya dari Allah SWT..maafkan aku, aku x dapat LIVE hari ini, seperti yg sy janjikan semalam.. insyallah kita jumpa lagi😭 Anjung Spotter Kini 14 JUN 2026 #anjungspotter #sad #sedih #kyrolphotography @Reen Ibrahimm @~Fy~ @MURA @DAMZ

♬ Ambient-style emotional piano – MoppySound

 

Anjung Spotter Ditutup Sementara Demi Keselamatan Peminat Kapal Terbang

Bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini, kawasan struktur tersebut telah dipagari dengan pita keselamatan bagi menghalang kemasukan orang ramai.”

Menerusi satu kenyataan rasmi Kuala Lumpur International Airport (KLIA), Anjung Spotter akan ditutup sehingga satu tempoh yang akan diberitahu kelak.

“Susulan insiden yang berlaku pada pagi ini, Anjung Spotter ditutup sementara waktu sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

“Kami berharap dapat menyambut kembali komuniti peminat pesawat dalam masa terdekat. Terima kasih atas kesabaran dan kefahaman anda,” kata KLIA.