Aktiviti perpindahan Liverpool terus rancak kali ini, dengan Hugo Ekitike rasmi menjadi rekrut terbaru mereka. Penyerang asal Perancis itu sebelum ini dikaitkan dengan beberapa kelab termasuk Newcastle dan Manchester United.
Dan pemain muda tersebut akhirnya sah menjadi milik Liverpool dengan harga £69 juta.
We have reached an agreement for the transfer of Eintracht Frankfurt forward Hugo Ekitike, subject to international clearance 😎
— Liverpool FC (@LFC) July 23, 2025
Nama Ekitike mungkin tidak segah penyerang lain pada masa ini. Namun pemain ini adalah antara pemain muda yang sedang membangun. Dan ini 3 sebab kenapa Arne Slot mahukan pemain ini.
1. Ekitike pemain serba boleh
Hugo Ekitike bukan pemain no.9 tradisional. Dia lebih kepada penyerang pelbagai fungsi.
Gaya permainan yang serba boleh ini membuatkan dia seperti separa 10 dan separa 9. Dengan fizikalnya yang tinggi lampai, dia memberikan ancaman sebagai target man.

Ini adalah data percubaan Liverpool musim lalu, di mana The Reds berdepan kesukaran dengan melalakukan percubaan gol di zon hadapan penjaga gol.

Dan bandingkan dengan gol yang dihasilkan Ekitike ini yang seperti tampalan kepada kekurangan itu.

Fleksibiliti yang ada pada pemain ini akan membantu memberikan pergerakan dinamik dalam taktikal Slot. Musim lalu Slot lebih suka menggunakan Diogo Jota atau Luis Diaz sebagai no.9 atau false 9.
Ini kerana dua pemain tersebut lebih tinggi mobiliti taktikal mereka sebagai ‘roaming striker.’
Dia juga pemain yang memiliki larian pantas di atas padang.
2. Pilihan taktikal
Ianya berkaitan dengan butiran no.1 di atas. Apabila pemain tersebut ada keupayaan beraksi secara fleksibel, ia memberikan pilihan lebih baik untuk pengurus membuat perubahan taktikal atau pemilihan taktikal yang pelbagai.
Ekitike antara pemain muda yang memiliki kecerdasaan dan kesedaran taktikal yang mengagumkan. Dia juga bijak berada dalam ruang sempit. Jadi sifat semula jadi ini adalah dengan tuntutan bola sepak mendesak moden.
Why He Fits Arne Slot
Let’s break this down tactically.
In Slot’s Feyenoord team — and now at Liverpool — the striker isn’t just a poacher. He must:
•Drop between the lines
•Link with the 10
•Initiate pressing sequences
•Attack the space behind
•Interchange with wingers… pic.twitter.com/cVOkZuSBfX— Andreas Andersen🇮🇪🇩🇰 (@Anddrooll) July 17, 2025
Pergerakan tanpa bolanya juga banyak membantu dalam fasa binaan serangan atau ketika fasa bertahan. Dia adalah pemain yang suka terlibat dengan binaan serangan dari bawah.
3. Potensi
Corak rekrut pemain oleh Liverpool telah lama mengutamakan pemain yang metrik asasnya mencadangkan pertumbuhan dan nilai. Dengan Ekitike, corak itu berterusan. Dia menjaringkan 15 gol dalam Bundesliga musim lalu.
Only five players had 200+ touches in the opp. box, had 100+ shots and completed 50+ take-ons in Europe's top five leagues in 2024/25:
◎ Mohamed Salah
◎ Antoine Semenyo
◎ Lamine Yamal
◎ Kylian Mbappé
◉ Hugo EkitikéLiverpool will have two of them. 🔴 pic.twitter.com/E1Db5xviR9
— Squawka (@Squawka) July 20, 2025
Mungkin itu bukannya sebab utama Liverpool membayar hampir £70 juta untuk penyerang muda ini. Sebaliknya, analisis menunjukkan hasil jangkaan (xG) beliau, yang merupakan antara yang tertinggi dalam liga utama eropah musim lalu.


Dan sudah tentunya xG Ekitike tertinggi di Bundesliga musim lalu.

Statistik yang ada pada Ekitike dan laporan heatmap pemain itu antara pertimbangan kepada pembelian pemain ini. Angka itu dibayar untuk potensi yang ada.
Rumusan
Pada usia 23 tahun, Ekitike berada pada usia yang ideal untuk berkembang dalam sistem. Dia telah menunjukkan gabungan sifat mentah (raw) dan kualiti yang mencadangkan dia boleh menyesuaikan diri dengan cepat dengan Liga Perdana Inggeris.
Hugo Ekitike is a joy to watch ⚡️pic.twitter.com/ZZefQ0U0Ry
— Bence Bocsák (@BenBocsak) July 17, 2025
Untuk Arne Slot, yang membimbing Liverpool merangkul kejuaraan liga dalam kempen sulungnya, menambah penyerang yang hadir dengan kedua-dua aspek fizikal dan taktikal adalah penting untuk dia terus mengekalkan dan menambah kualiti pasukan.
Sejak musim lalu lagi Arne Slot sudah memberikan bayangan bahawa pemain seperti Darwin Nunez bukanlah pilihan utamanya. Ini kerana kurangnya fleksibiliti pemain itu ketika di posisi no.9.
Adalah tidak hairan untuk melihat Liverpool mahukan Ekitike atau Isak dari Newcastle. Kerana gaya permainan kedua duanya hampir sama. Cuma bezanya, Isak adalah pemain yang sudah terbukti atau ‘proven’ dalam EPL.
