Malayan Banking Berhad baru-baru ini telah mengeluarkan hebahan melalui media sosial mengenai pengenalan wajah baharu laman web Maybank2u.
Wajah baharu yang telah dinaiktaraf ini berpeluang diakses oleh semua pengguna bermula 18 Ogos ini sama ada melalui paparan desktop atau telefon pintar. Paparan baharu ini bukan sahaja melibatkan muka depan log masuk ke laman web ini tetapi juga paparan pilihan akaun peribadi pengguna.
Starting 18 August 2018, you will be redirected to the #newMaybank2u website when you access to https://t.co/DClrIinLxL. Info: https://t.co/MrTDZ87Ocr #ReimaginedForYou #NewM2U pic.twitter.com/M42RlZOJvy
— Maybank (@MyMaybank) August 15, 2018
Pembaharuan ini tentu sekali memudahkan urusan pengguna dengan paparan pilihan yang lebih mudah. Kongsikan bersama kami pendapat anda mengenai antaramuka terbaru Maybank2u buat anda yang sudahpun mencubanya.