Maybank menerusi kenyataan terbaru memaklumkan langkah terbaru dalam meningkatkan lagi sekuriti pengguna dengan sekaligus menangani jenayah scam.

Menerusi langkah terbaru yang berkuat kuasa 31 Oktober 2023 ini, kesemua peranti baharu yang mahu mendaftar Secure2u bagi membolehkan pengguna membuat transaksi menerusi Maybank hanya dibenarkan menerusi ATM sahaja.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Dalam erti kata lain, tiada lagi pengaktifan Secure2u menerusi telefon pintar sebelum ini. Langkah terbaru ini dikhususkan buat mereka bakal mendaftar akaun Maybank selepas 31 Oktober 2023 dan juga mereka yang mendaftar Secure2u para peranti terbaru selepas tarikh tersebut.

Langkah untuk mengaktifkan Secure2u menerusi ATM Maybank

Maybank Secure2u ATM

1. Lawati mana-mana ATM daripada Maybank.

2. Masukkan kad Maybank beserta nombor pin

3. Pilih Aktifkan Secure2u dan ikuti langkah yang tertera pada skrin ATM.

4. Pengguna perlu menanti sekurang-kurangnya 12 jam sebelum Secure2u aktif digunakan untuk membuat sebarang transaksi.

Menurut CEO Kumpulan Servis Komuniti Kewangan, Dato John Chong, langkah terbaru yang diperkenalkan ini membolehkan pelanggan mengesahkan identiti mereka sekaligus mengelakkan daripada penggunaan pihak ketiga.

Setakat ini, pihak Maybank sudah menyediakan lebih 3,000 ATM Maybank seluruh negara dalam membantu pengguna mengeluarkan pengguna serta mengaktifkan Secure2u ini dengan lebih mudah.