Bintang dan legenda hidup Arab Saudi, Salem Al Dawsari sekali lagi merangkul trofi Pemain Terbaik AFC. Sebelum ini dia pernah memenanginya pada 2022.
Dia menyerahkan trofi itu kepada bintang Qatar Akram Afif pada 2023. Dan kini merampas balik daripada Akram Afif.
🇸🇦 Salem Al Dawsari etches his name in the pantheon of Asia’s football greats once more, lifting the award for a second time!#AFCAwards2025 pic.twitter.com/eZQWIMKRk2
— AFC (@theafcdotcom) October 16, 2025
Anugerah ini turut mencuri tumpuan kerana bintang Asia Tenggara dari Malaysia, Arif Aiman turut tercalon dalam 3 pemain untuk senarai akhir.
Arif Aiman menjadi pemain Malaysia pertama dicalonkan untuk finalis anugerah tersebut.
Salem Al Dawsari bukan nama asing untuk peminat bola sepak di Asia dan dunia. Dia penjaring gol kemenangan Arab Saudi ketika mengejutkan Argentina pada aksi pembukaan Piala Dunia 2022.
Seterusnya dia menjadi tonggak penting Al Hilal dalam ACLE 2024/25, apabila dia menjadi penjaring terbanyak kejohanan walaupun Al Hilal tersingkir di separuh akhir.
🇸🇦 Salem Al Dawsari is named AFC Player of the Year after an incredible season, leading by example on the pitch for club and country!#AFCAwards2025 pic.twitter.com/3pK7IatX0z
— AFC (@theafcdotcom) October 16, 2025
Dia sebelum ini dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Saudi dalam Liga Pro Saudi 2024/25 dengan menyumbang kepada 30 gol (gol dan assist).
Salem Al Dawsari bersyukur dengan kejayaan merangkul pulang anugerah itu buat kali kedua. Dan berharap dengan izin Allah, dia akan meraih anugerah yang ketiga dan keempat di masa akan datang.
"Thank God for winning the AFC Player of the Year award. I’m proud to receive it for the second time, and with God’s will, this won’t be the last. The third and fourth are still to come."
🇸🇦 Salem Al Dawsari praises God after winning the AFC Player of the Year award and… pic.twitter.com/DlH88bm7iy
— AFC (@theafcdotcom) October 16, 2025
Kejayaan Salem Al Dawsari mengukuhkan penguasaan Arab Saudi dalam anugerah tersebut. Arab Saudi kini sudah membawa pulang 7 trofi pemain terbaik Asia, dalaam sejarah. Jepun di tempat kedua dengan 5.
Sementara Qatar dan Iran masing masing 4.