Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menerima darjah kebesaran tertinggi di Turkiye. Ini selepas beliau dikalungkan dengan pingat Order of the Republic oleh negara tersebut.

Penghargaan tersebut antara lainnya sebagai satu cara untuk memperkukuhkan lagi hubungan di antara kedua dua negara.

Presiden Turkiye, Recep Tayyip Edorgan telah menyampaikan anugerah tersebut kepada Anwar Ibrahim sempena lawatan rasmi 3 hari beliau ke Turkiye.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berterima kasih di atas penghargaan yang diterimanya. Menurutnya, anugerah tersebut bukan atas kapasiti peribadi namun ianya untuk seluruh rakyat Malaysia.

Beliau berharap penganugerahan tersebut akan menjadi pemangkin dalam usaha mengukuhkan lagi hubungan antara Turkiye dan Malaysia.

Anwar yakin bahawa ia juga akan membantu meningkatkan lagi kerjasama dalam pelbagai bidang strategik yang akan menguntungkan rakyat kedua dua negara.

Dipetik daripada sumber X rasmi Anwar Ibrahim, beliau berkata: “Menerima penghormatan tertinggi Republik Türkiye melalui penganugerahan Order of the Republic, yang disampaikan oleh Presiden Recep Tayyip Erdoğan, sebagai pengiktirafan terhadap usaha memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan Türkiye.

“Saya menerimanya dengan penuh rasa syukur dan rendah diri, bukan atas kapasiti peribadi, sebaliknya bagi pihak seluruh rakyat Malaysia.

“Penganugerahan ini juga melambangkan keakraban persahabatan yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara, berteraskan kepercayaan, saling menghormati dan aspirasi bersama untuk keamanan serta kemakmuran sejagat.

“Saya berharap pengiktirafan ini akan terus menjadi pemangkin untuk memperkukuh kerjasama Malaysia dan Türkiye merentasi pelbagai bidang strategik, demi manfaat bersama rakyat kedua-dua negara.

Menurut Duta Besar Malaysia ke Turkiye, Sazali Mustafa Kamal, anugerah ini diberikan Turkiye kepada pemimpin luar yang memainkan peranah penting dalam memperkukuhkan hubungan dua hala dengan negara republik itu.

Sebagai rekod, BH Online melaporkan bahawa jumlah perdagangan Malaysia dengan Turkiye dari Januari hingga November 2025 mencecah RM21.2 bilion (USD4.92 bilion).

Negara tersebut kekal menjadi rakan perdagangan terpenting Malaysia.