Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan syarikat pembuat kereta elektrik terkemuka, Tesla akan memulakan operasi di Malaysia seawal akhir Oktober atau awal November ini.

Perkara itu didedahkan semasa ditemu bual ketua koresponden antarabangsa untuk Asia Tenggara, Bloomberg Haslinda Amin pada Sidang Kemuncak Asia Ke-10 Milken Institute di Singapura, lapor Astro Awani.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Dia (Elon Musk) telah membuat keputusan untuk memulakan operasi ibu pejabat (Tesla) di Malaysia pada akhir Oktober atau awal November. Jumlah pelaburan masih dalam rundingan,” terang beliau.

Tambah beliau lagi, terdapat tiga syarikat tempatan terlibat sama dalam membekalkan komponen kepada SpaceX.

Terdahulu, Anwar Ibrahim menyatakan beliau dijemput untuk merasmikan ibu pejabat baharu Tesla. Bagaimanapun beliau sedia berbuat sedemikian sekiranya Elon Musk turut berada pada hari tersebut.

Dalam pada itu, Anwar Ibrahim turut mendedahkan disebabkan beberapa urusan birokrasi dipermudahkan, oleh sebab itu Elon Musk pilih mengembangkan beberapa perniagaannya di Malaysia.

Sumber