Semasa Perhimpunan Bulanan bersama Warga Kementerian Kewangan di sini, hari ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta rakyat Malaysia bersiap sedia dengan semua prasarana, infrastruktur dan sumber tenaga tempatan supaya dapat memanfaatkan sepenuhnya kemasukan pelaburan asing, lapor Berita Harian.
Menurut beliau, kerancakan pelaburan ke Malaysia, jauh lebih pesat berbanding keadaan sebelumnya.
Baca Juga:
- Elakkan Diri jadi Mangsa Scam, Ini 12 Pelaburan Emas ‘Trusted’ Yang Patuh Syariah
- ‘Ibu Lebih Percayakan Scammer’ – Anak Luah Rasa Kesal Duit Lebih RM60,000 Milik Ibunya Lesap
- Apa Jadi Jika Anda Tak Bayar Cukai Pendapatan?
“Saya percaya saudara yang cukup pengalaman dalam pelbagai bidang ini dapat mengenalpasti beberapa langkah yang perlu diambil kerana saya lihat soal pelaburan, kedatangan pelaburan itu kian rancak
“Mengambil contoh apabila Amazon Web Services (AWS) masuk (melabur di Malaysia), kalau kita hanya tunggu pelaburan, kita tak menyiapkan jentera, kemahiran, pekerjaan, infrastruktur, ia akan menjadi masalah,” katanya.
Terdahulu, ketika perdana menteri mengadakan lawatan rasmi ke Beijing, Malaysia telah meraih rekod pelaburan bernilai RM170 bilion dari China dengan 19 memorandum persefahaman ditandatangani pada Sabtu (1 April).
Pada 1 Mac lalu, Tengku Zafrul mendedahkan Tesla bakal beroperasi secara rasmi di Malaysia dengan membuka ibu pejabat, pusat servis dan rangkaian ‘Supercharger’ sebagai permulaan pelaburan mereka.
Manakala AWS pula dilaporkan komited untuk melabur di Malaysia dan mengumumkan perancangan mereka untuk melabur sebanyak $6 bilion (~RM25.5 bilion) untuk membangunkan pelbagai perkara melaluinya.