Gimik persembahan khas ketika sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1446H/2024M yang berlangsung di Putrajaya, kelmarin telah menjadi bualan hangat dalam kalangan warga maya di media sosial.
Kebanyakan warga maya berpendapat kehadiran dua robot dari filem Hollywood, Transformers ketika persembahan tersebut tidak ada kena-mengena serta lari dengan maksud sebenar Maal Hijrah.
Baca Juga:
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- 55 Peratus Rakyat Malaysia Didapati Tak Mampu Simpan Duit, Bergantung Pada Gaji Bulanan Sepenuhnya
- 5 Tanda Status Kewangan Anda Lebih Baik Daripada Kebanyakan Individu Lain
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerusi kenyataannya menjelaskan, persembahan itu sebenarnya memberi penekanan mengenai Tafsir Ilmi Kejadian Langit dan Bumi.
“Konsep persembahan turut menunjukkan keindahan cakerawala yang dihiasi dengan galaksi dan sistem suria yang merupakan fenomena alam semesta yang menakjubkan.
“Sesungguhnya kewujudan ini membuktikan tanda kekuasaan dan kebijaksanaan Allah SWT sebagai Maha Pencipta. Eksplorasi ini dapat mengacu akal pada batas pengetahuan, minat dan pengalaman sebagai inspirasi untuk menjelajahi kehidupan dan meningkatkan keimananan dalam diri,” tulis kenyataan rasmi.
Betul ke Sambutan Maal Hijrah tahun ini ada show mcm ni?
Apa signifikan dengan kehadiran robot-robot Transformer ni dlm sambutan Maal Hijrah ye?
Jika benar, ini mmg luarbiasa. Luar tabi'e! pic.twitter.com/sLKeJvyPLG
— A.Azarul (@ahmadazarul_) July 7, 2024
JAKIM turut menjelaskan, konsep persembahan juga membawa peringatan bahawa dalam penciptaan langit dan bumi, manusia adakalanya sering terlupa akan kekuasaan zat Allah SWT sebagai penakluk semesta.
Katanya, kealpaan manusia mengejar arus modenisasi menjadikan adakalanya menjadi manusia khilaf akan batasan akal dan hukum alam.
“Tuntasnya, sebagai khalifah di muka bumi ini, adalah menjadi kewajiban kita untuk melestarikan alam sekitar dan menguruskan khazanah yang diamanahkan oleh Allah SWT. Sains dan teknologi bukanlah musuh peradaban tetapi medium keharmonian jika disantuni dengan bijaksana.
“Konsep persembahan juga menunjukkan bahawa kemajuan perlulah berlandaskan al-Quran yang mana kemajuan yang tidak dilengkapi nilai agama akan menimbulkan kehancuran dan kemusnahan kepada alam,” ujarnya.
Ujarnya, pergerakan tari yang dipersembahkan pula mengambil influens daripada seni mempertahankan diri seperti silat.
“Pergerakan kemudiannya dikreasikan mengikut lirik lagu menggambarkan kejayaan.
“Dalam menuju arus kemodenan, jati diri tetap tidak dilupakan sebagai bekalan menghadapi cabaran semasa,” katanya.