Tahukan anda, Paramount merancang untuk menghasilkan 14 lagi filem Transformers selepas ‘The Last Knight’? Ya, ini benar dan mereka masih lagi tidak mengesahkan bagaimana 14 filem ini akan dihasilkan; mungkin dalam versi kartun, mungkin karya spin-off dan banyak lagi kemungkinan.

Pengumuman ini dibuat sendiri oleh Michael Bay ketika di London berkenaan masa depan franchise ini. “The Last Knight akan mempunyai peranan yang besar selepas ini. Kunci untuk masa depan terdapat pada rahsia masa silam dan semua ini perlu diselesaikan Bumblebee, Mark Wahlberg dan rakan-rakannya selepas ketiadaan Optimus Prime,” kata Michael.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

14 filem memang banyak tetapi dengan franchise itu mengutip lebih USD3.77 billion di seluruh dunia, franchise Transformers memang lubuk Paramount untuk buat duit. Tahun hadapan, Bumblebee akan mempunyai filem stand-alone nya yang tersendiri. Jadi, terdapat 13 filem lagi yang akan muncul.

Walaupun mungkin ada yang sudah tidak berminat dengan franchise ini, tetapi peminat Transformers tetap ada. Transformers: The Last Knight akan berada di pawagam 23 Jun ini. Mungkin boleh beri satu lagi peluang kepada Michael Bay untuk mengembalikan kepercayaan peminat kepada siri ini?

Sumber