Penganjuran Konsert Coldplay di Kuala Lumpur baru-baru ini telah meraih pelbagai reaksi daripada banyak pihak. Walaupun ramai sangat bergembira dengan kehadiran band terkemuka itu, terdapat segelintir individu sepertinya masih tidak puas hati.

Terkini, seorang pengguna media sosial meluahkan rasa kecewa terhadap salah satu persembahan kumpulan terbabit yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil pada Rabu lepas.

Baca Juga:

@pakdongrill

#dajjal #ritual #stadiumbukitjalil #coldplay

♬ Royalty – Egzod & Maestro Chives & Neoni

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, individu berkenaan membidas tindakan vokalis kumpulan dari Britain, Chris Martin yang memakai topeng bermata satu semasa menyanyikan lagu berjudul Something Just Like This.

Malah, dia juga menuduh vokalis kumpulan tersebut membuat ritual sewaktu persembahan lagu tersebut. Bukan itu sahaja, individu berkenaan juga mengecam peminat-peminat Coldplay yang sanggup bersusah payah ke konsert tersebut demi untuk kepuasan diri.

Difahamkan topeng berkenaan adalah topeng mahluk asing dan Chris Martin menggunakan bahasa isyarat semasa membuat persembahan tersebut yang ditujukan khas buat peminatnya yang kurang upaya pendengaran.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan individu tersebut selain meluahkan rasa kesal terhadap peminat Coldplay yang disifatkan mudah melenting atau koyak.

“Jangan ditegur bang…melenting nanti puak dia…fitnah akhir zaman itu semakin jelas…,” ujar seorang pengguna di ruangan komentar.

“Tegur nanti cakap ‘terpaling Islam’..itu ayat mereka..letih la..” luah kekesalan seorang pengguna lain yang dituduh terlalu sensitif dengan isu tersebut.

Untuk pengetahun, kira-kira 75,000 ribu peminat telah menghadiri ke jelajah konsert dunia tersebut dan tidak lupa juga ada yang sanggup berada di luar stadium semata-mata untuk mendengar persembahan Coldplay.