Kecoh pada awal tahun ini apabila pelakon Hafidz Roshdi dilaporkan bercerai dengan bekas isteri, Nurul Shuhada pada hujung Julai lalu berikutan beberapa isu yang timbul dalam rumah tangga.

Didakwa memukul bekas isteri serta mengalami masalah mental antara yang isu yang menimpa pelakon berusia 29 tahun ini.

Baca Juga:

Terbaharu, Hafidz akui hidupnya kini lebih bahagia dan tenang selepas berkahwin dengan cinta pertama, Athira Yuhada yang sekali gus menamatkan spekulasi hubungan yang sebelum ini.

“Perasaan saya sekarang sangat gembira. Alhamdulillah, kami dapat disatukan selepas mula mengenali antara sama lain sejak 2009.

“Jujurnya, saya kembali rasa bahagia sekarang. Apapun orang nak kata, saya biarkan sahaja.

“Setiap manusia buat kesilapan, jadi jangan kita hukum dengan kesilapan. Jangan kerana satu kesilapan dibuat, semua kebaikan kita tak nampak,” katanya.

“Semoga yang baik-baik untuk saya dan isteri serta mereka yang mendoakan kami.

“Soal hubungan dengan bekas isteri, Nurul Shuhada, tiada komen.

“Saya harap dapat melupakan apa yang pernah terjadi antara kami,” katanya yang masih belum terima tawaran lakonan, buat masa ini.

Sumber