Lee Zii Jia kini berjaya membuktikan bahawa dirinya layak menjadi wakil negara selepas berjaya merangkul pingat gangsa di dalam temasya Sukan Olimpik semalam.
Memang tidak dinafikan, nama beliau telah menjadi sebutan ramai lebih-lebih lagi selepas perlawanan bersama pemain Thailand dek kerana tidak mempamerkan prestasi yang cemerlang seperti yang diharapkan.
Sewaktu ditemu bual oleh wartawan Astro Arena selepas memenangi pingat gangsa dalam perlawanan Sukan Olimpik Paris 2024, Lee Zii Jia kelihatan tidak menahan rasa sebak selepas mengenang segala tohmahan yang diterimanya pada setiap hari oleh semua.
Dalam masa sama, pemain 26 tahun itu turut persoalkan kesalahan yang dilakukannya sehingga nama sering jadi sasaran kecaman di platform media sosial.
“Setiap pagi saya bangun dan menyertai sesi latihan tetapi pasti akan nampak macam macam berita keluar pasal nama saya. Saya tertanya-tanya apa salah yang saya dah buat,” katanya dengan nada sebak.
Beliau turut memilih untuk mengunci mulut sepanjang tempoh itu dan mahu buktikan kepada semua dengan kejayaan di Paris dan ia hanyalah permulaan untuk pertandingan seterusnya.
@astrogempak Lee Zii Jia menitiskan air mata ketika ditemu bual oleh wartawan Astro Arena. You did very well and the best Lee Zii Jia 🫶🏻🫶🏻🫶🏻 #SokongMalaysia #OlimpikParis2024
Video yang dimuat naik oleh Astro Gempak itu lantas meraih perhatian ramai dan rata-ratanya netizen bersimpati dengan layanan yang diberikan terhadap Lee Zii Jia.
Di samping itu, ramai sempat mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana telah berjaya mengecapi pingat gangsa dan mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.