Sehingga ke hari ini, masih wujud sindiket dari Indonesia yang menerobos ke dalam perairan Malaysia menggunakan laluan tikus kerana takut dihidu pihak berkuasa.
Seperti yang kami pernah laporkan dahulu, mereka sedia menawarkan servis penghantaran rentas sempadan menerusi dua laluan sama ada dari Selangor ke Dumai atau Selangor ke Tanjung Balai dengan harga mencecah ribuan ringgit.
Perkara yang membuatkan ramai warga tempatan tersangat bengang apabila si penyedia perkhidmatan dengan selamba mempromosikan secara terbuka di media sosial seolah-olah negara Malaysia tidak mempunyai undang-undang sama sekali.
Sementara itu, seorang netizen tempatan berkongsi apabila dia menerima mesej berbaur ketidak puasan hati dengan tindakan memanggil pihak berkuasa dengan tag mereka di video-video yang dimuat naik itu.

Tangkap layar mesaj yang dikongsikan itu langsung menyemarakkan lagi semangat netizen tempatan untuk melakukan sedemikian pada setiap video yang ditemui selepas ini di platform media sosial dan seangkatannya.
Usaha ini dilihat sedikit sebanyak boleh memberi maklumat secara langsung kepada pihak berkuasa lalu dilakukan pemantauan dengan lebih terperinci.
Dalam pada itu, sebahagian netizen turut berkongsi akaun-akaun milik sindiket yang giat mempromosikan servis jenayah terbabit.