Adakah anda masih ingat ketika zaman sekolah dahulu, latihan kebakaran akan dijalankan bagi menyediakan kita apabila berdepan kebakaran.
Jika dahulu hanya berlatih untuk padamkan api dan mengetahui cara untuk menyelamatkan diri, difahamkan kini banyak lawatan dibuat oleh pihak sekolah untuk pelajar ke balai bomba melihat demonstrasi dan banyak lagi.
Baca Juga:
- Netizen Geram Lihat Muka ‘Cik Oyen’ Ketika Diselamatkan Pihak Balai Bomba Sri Hartamas
- ‘Tinggi Muncungnya’ – Gelagat Anjing Merajuk Dipujuk Anggota Bomba Ini Raih Perhatian Netizen
- ‘Menyelamat Tanpa Henti, Cacian Yang Kami Terima’- Luahan Hati Anggota Bomba Selepas Dikritik Hebat Netizen
Menerusi satu hantaran Twitter yang berkongsi kembali video yang tular di media sosial memaparkan seorang bomba membuat demonstrasi memadamkan api pada pakaian dengan berguling-guling di hadapan pelajar tadika.
Demonstrasi mcmni penting sebenarnya untuk ajar ke budak-budak dan orang dewasa. Sebab kalau setakat terang secara teori tapi tak tunjuk situasi sebenar org mudah lupa apa yang sepatutnya buat tambah-tambah bila dah kalut dan panik. Cumanya kenapa tak padam-padam abang bomba ui… pic.twitter.com/pvrmehePkl
— Injang (@Injang_Nation) December 17, 2023
Akan tetapi, selepas beberapa kali berguling, api dilihat tidak padam dan akhirnya dibantu oleh anggota lain dengan menepuk menggunakan baju sehingga api padam.
Video tersebut meraih perhatian orang ramai dan para netizen terhibur apabila api tidak padam-padam walaupun sudah berkali-kali bergolek sehinggalah rakan sekerja bomba membantu.
Tadika daerah mak aku be like… Every year melawat Balai Bomba. Semua kena pakaikan suit bomba ada yang tak nak tanggal. Pahtu kena bawa naik kereta bomba pepusing. Manalaa bebudak tu tak fefeling. Menangis nak tanggalkan suit tu ya. 😂 https://t.co/jQOU7o4hsb
— Muhammad Fatrim🇲🇾🇲🇾 (@MuhammadFatrim) December 17, 2023
Aduhh api tak bagi kerjasama ye. Mesti tak datang rehearsal. https://t.co/R2KFBAsv86
— Aiz (@ALIFismail_) December 18, 2023
Bila rehearsal 2 ke 3 kali golek dah padam, eh time show betul taknak padam pulak ya 😂 https://t.co/Bvwscqtq06
— DaveLy 𝕏 (@capekk__) December 18, 2023
Susulan itu, rata-rata netizen mengatakan aktiviti seperti ini bagus untuk kanak-kanak kerana pendedahan ini akan membuatkan kanak-kanak tidak panik jika berdepan dengan situasi tidak diingini.