Salah saru platform media sosial yang sentiasa mendapat pembaharuan dengan ciri menarik dalam meningkatkan pengalaman penggunaan yang lebih baik adalah X atau dahulunya dikenali sebagai Twitter.
Terbaharu, Elon Musk mengumumkan media sosial X miliknya itu akan menyediakan ciri baharu panggilan video dan audio dalam perkhidmatannya. Hal ini sekaligus menjadi aplikasi menyeluruh kepada pengguna.
Baca Juga:
- Telekom Mahu Jalin Kerjasama Dengan Elon Musk
- Pejabat Tesla Malaysia Bakal Dibuka, Anwar Ibrahim Mahu Rasmikan Sekali Bersama Elon Musk
- Ada Kemungkinan Tambah Pelaburan Di Malaysia, Anwar Ibrahim Bertemu Elon Musk Minggu Hadapan
Video & audio calls coming to X:
– Works on iOS, Android, Mac & PC
– No phone number needed
– X is the effective global address bookThat set of factors is unique.
— Elon Musk (@elonmusk) August 31, 2023
Musk berkata, ciri baharu berkenaan akan berfungsi pada sistem iOS, Android, Mac, PC dan tiada nombor telefon diperlukan. Aplikasi X bakal menjadi buku alamat global yang berkesan.
Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan bilakah ciri baharu itu akan tersedia. Beliau juga memaklumkan bakal menambah ciri penyahsulitan (decryption) pada panggilan video dan audio untuk menjamin privasi pengguna.
Selaras dengan visi Elon Musk yang mahu menjadikan platform X sebagai aplikasi Super yang bakal memenuhi keperluan pengguna secara menyeluruh. Ini termasuklah menawarkan ciri-ciri menarik seperti panggilan video dan seumpamanya selain berfungsi sebagai media sosial semata-mata