Sejak malam tadi tualr berita kurang gembira buat para peminat tegar ekosistem Apple di tanah air.

Sekiranya anda sedang merancang untuk menaik taraf peranti Apple anda dalam masa terdekat, anda mungkin perlu menyediakan bajet tambahan selepas Apple telah mengemas kini tanda harga rasmi produk mereka di pasaran Malaysia.

Siri MacBook Dan iPad Terkesan

Kenaikan harga ini dikesan melibatkan beberapa model popular yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia.

Antara perubahan harga yang ketara termasuklah MacBook Neo, MacBook Air M5, MacBook Pro M5, Mac Mini dan iPad Pro M5, iPad Air.

 

View on Threads

 

Mengapa Apple Naikkan Harga?

Walaupun pihak Apple tidak mengeluarkan kenyataan rasmi secara terbuka mengenai pelarasan harga runcit mereka, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Apple, Tim Cook menyatakan kenaikkan ini dalah disebabkan lonjakan kos bagi komponen memori dan storan.

Beliau berkata sedemikian dalam satu temu bual eksklusif bersama The Wall Street Journal (WSJ).

Oleh kerana cip menjadi rebutan seluruh dunia, syarikat elektronik pengguna seperti Apple terpaksa bersaing sengit untuk mendapatkan bekalan yang semakin terhad, sekali gus melonjakkan harga pasaran komponen tersebut ke paras yang amat tinggi.