Sejak tahun lepas lagi kita sudah mendengar berita akan kehadiran Apple Store di Malaysia dan kenyataan ini dikuatkan dengan penawaran sejumlah jawatan kerja menerusi laman carian kerja Apple dan akaun Linkedin mereka.

Menurut laporan Bloomberg, Apple Store pertama akan dibuka pada Februari 2024. Ini menjadi satu-satunya Apple Store yang bakal tersedia di Malaysia setakat perancangan Apple sehingga tahun 2027.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Reddit

Laporan mendedahkan terdapat 15 lokasi Apple Store baharu akan dibuka di rantau Asia Pasifik sehingga 2027. Salah satunya di Kuala Lumpur, satu lagi di India , dua di Korea Selatan dan satu lagi Di China. Dalam tempoh yang sama lima lagi stor dibuka di Eropah serta Timur Tengah sementara empat lagi dibuka di Amerika Utara.

Sebanyak 28 Apple Store sedia ada akan diberikan wajah baharu atau diubah lokasinya bagi menarik lebih banyak pelanggan. Proses membuka lebih banyak Apple Store di Malaysia mungkin akan melihat kepada sambutan untuk yang pertama kelak.

Setakat ini, Singapura mempunyai tiga Apple Store dan dua lagi di Thailand. Dengan pembukaan di The Exchange tahun depan, Malaysia menjadi negara ke-27 Apple Store bertapak.

Sumber