Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan amaran keras kepada Indonesia menjelang musim haji 2026.

Di mana negara Saudi mempertimbangkan untuk mengenakan pengurangan atau pemotongan kuota jemaah haji Indonesia sehingga 50% jika isu kesihatan dan pengurusan ibadah tidak ditangani segera.

Amaran itu disampaikan dalam pertemuan rasmi antara Timbalan Menteri Haji Arab Saudi dan Ketua Badan Penyelenggara Haji (BP Haji), Mochamad Irfan Yusuf atau Gus Irfan, di Jeddah pada 10 Jun lalu.

KH-Mochamad-Irfan-Yusuf-atau-Gus-Irfan-Yusuf

Antara kebimbangan utama pihak Saudi adalah berkaitan tahap kesihatan jemaah haji Indonesia yang masih belum memenuhi syarat istitha’ah, keupayaan fizikal dan mental untuk mengerjakan haji, serta kelemahan sistem saringan kesihatan sebelum keberangkatan ke Tanah Suci.

“Kami terpaksa bertanya, mengapa membawa orang yang sudah mati ke sini? Ada jemaah haji Indonesia yang meninggal dunia ketika masih dalam pesawat,” tegas salah seorang pegawai kanan Arab Saudi.

Arab Saudi tidak faham cara pengurusan jemaah haji Indonesia mengendalikan jemaah hajinya dengan tidak membuat saringan dan tapisan dengan lebih baik.

‘Macamana kamu uruskan?’ – Saudi

Pihak Saudi turut mempersoalkan ketelusan data kesihatan jemaah serta menyatakan rasa kecewa terhadap kematian yang berlaku sebelum jemaah tersebut sampai ke Tanah Suci.

Arab Saudi mahu pengurusan haji Indonesia menyemak dengan lebih teliti rekod kesihatan setiap jemaahnya.

Sebagai reaksi balas, Arab Saudi mencadangkan penubuhan pasukan tugas bersama dengan Indonesia bagi menilai semula keseluruhan proses pengurusan jemaah – dari aspek kesihatan, penerbangan, penginapan hingga ke logistik.

Menurut Gus Irfan, kuota rasmi bagi jemaah Indonesia tahun 2026 masih belum ditetapkan, dan prosesnya kini menjadi lebih rumit susulan cadangan pemotongan besar-besaran tersebut.

“Kami sedang berunding kerana mulai tahun hadapan, pengurusan haji akan diserahkan sepenuhnya daripada Kementerian Agama kepada BP Haji. Kami tampilkan sistem baharu untuk menambah baik pengurusan,” ujar beliau kepada wartawan.

Pihak Indonesia kini sedang memperkemas prosedur dan bersedia untuk menyelaraskan piawaian baharu yang ditetapkan kerajaan Arab Saudi, khususnya selepas peralihan pengurusan kepada BP Haji bermula 2026. Ini untuk mengelakkan kuota mereka dipotong sehingga 50%.

Bukan berita baik untuk bakal jemaah haji Indonesia

Selaku negara yang paling ramai penganut beragama Islam, pemotongan kuota ini bukan perkara yang diingini Indonesia.  Ramai yang mengeluh dengan sistem pengurusan giliran untuk menunaikan Haji di Indonesia.

Mereka juga mempersoalkan kos untuk menunaikan haji yang sangat tinggi berbanding negara lain termasuk Malaysia.

Berapa Mahal Sebenarnya Kos Haji Indonesia Sampai Prabowo Cemburu Dengan Malaysia?

Seorang netizen mendedahkan, abangnya memutuskan untuk berhijrah ke Jepun.  Salah satu misi utamanya adalah untuk mendapatkan kuota Haji dari negara tersebut yang dianggap lebih murah dan fleksibel.

Terutama sekali, ianya boleh membuatkan rakyat Indonesia akan mengecam pentadbiran kerajaan terkini.

Amaran daripada Saudi ini juga dilihat sebagai tekanan terbuka agar Indonesia mengambil langkah serius dalam reformasi pengurusan haji. Hal ini kerana Arab Saudi sudah beberapa kali menegur pengurusan jemaah Haji serta sikap jemaah Haji daripada negara itu.

Arab Saudi mengharapkan pendekatan yang lebih profesional dan sistematik, sekaligus menekankan bahawa isu ini bukan sekadar soal angka kuota, tetapi melibatkan nyawa manusia.

“Ini masa untuk kita nilai semula keseluruhan sistem – dari saringan kesihatan hinggalah ke logistik,” tegas Gus Irfan.