Kerajaan Arab Saudi telah melarang ulama Islam terkenal, Sheikh Ahmad Gumi, daripada memasuki negara itu untuk menunaikan haji tahun ini.
Sheikh Gumi mendedahkan bahawa walaupun kerajaan Saudi mengeluarkan visa untuk haji, beliau tidak dibenarkan masuk ke Madinah.
Baca Juga:
- ‘Kalau Semua Jemaah Dunia Macam Malaysia, Saya Boleh Tidur Lena’ – Kementerian Haji Dan Umrah Arab Saudi
- Mahu Dilihat Moden, Arab Saudi ‘Halalkan’ Alkohol Di 600 Kawasan
- Arab Saudi Tahan Jemaah Bawa Bendera Palestin Di Mekah

Arab Saudi Tidak Benarkan Sheikh Gumi Ke Negara Itu
“Atas beberapa sebab yang jelas, pandangan saya tentang politik dunia, pihak berkuasa Saudi tidak selesa dengan kehadiran saya dalam haji selepas memberi saya Visa Haji.
“Terima kasih kepada pihak berkuasa Nigeria, yang telah berjanji untuk mengambil tindakan segera dengan pihak berkuasa Saudi.
“Itulah nilai kebebasan dan demokrasi kita yang dihargai,” tulisnya.

Menurut BBC, Sheikh Gumi adalah sebahagian daripada delegasi ulama Islam yang ditaja oleh Suruhanjaya Haji Nigeria (NAHCON) untuk menunaikan haji.
Gumi dilaporkan tiba di Madinah pada Sabtu lalu sekitar jam 10.30 malam. menaiki penerbangan Umza Air bersama ulama lain.
Bagaimanapun, sebaik tiba di lapangan terbang bandar itu, pegawai imigresen Saudi menghalangnya daripada memasuki negara itu.

Beberapa komen dan catatan Gumi baru-baru ini di media sosial telah mengkritik Arab Saudi dan negara Arab yang lain.
Pada 15 Mei 2025, beliau membuat video yang mengkritik lawatan Presiden Donald Trump ke negara Arab, termasuk Arab Saudi.