Kerajaan Arab Saudi merancang untuk memotong kuota haji bagi jemaah Indonesia bagi tahun 2026.
Ketua Badan Penyelenggara Haji, Mochamad Irfan Yusuf bertemu Timbalan Menteri Haji Arab dimana mereka membahas beberapa perkara penting antaranya kuota haji Indonesia untuk tahun 2026 belum ditentukan dan juga isu kesihatan jemaah.
Baca Juga:
- Arab Saudi Larang Ulama Besar Ini Buat Haji, Apa Sebabnya?
- Mahu Dilihat Moden, Arab Saudi ‘Halalkan’ Alkohol Di 600 Kawasan
- Tabung Haji Terima Anugerah Tertinggi Dari Kementerian Haji Dan Umrah Arab Saudi

Amaran Dari Arab Saudi
Menurut Irfan, Arab Saudi merancang untuk mengurangkan kuota jemaah haji Indonesia sebanyak 50 peratus.
Langkah itu dilihat sebagai tindak balas kepada beberapa masalah yang berlaku dalam pelaksanaan haji 2025 termasuk aspek teknikal kepada pengurusan jemaah.
Selain itu, kebimbangan utama Arab ialah keadaan jemaah haji Indonesia yang dianggap tidak memenuhi syarat kesihatan (istitha’ah).
Dalam forum itu, wakil Arab Saudi menyatakan kebimbangan yang mendalam, walaupun dalam nada yang tajam.
“Ada yang mati walaupun masih berada dalam kapal terbang. Kenapa awak bawa orang mati ke sini?” kata wakil Arab.
Irfan menganggap pertemuan ini bagaikan satu amaran terhadap negara itu agar memberikan perhatian lebih dalam menguruskan jemaah.

Baru-baru ini, beberapa jemaah haji lelaki Indonesia yang secara selamba merokok di dalam bilik hotel mereka sehingga mencetuskan panik.
Dalam video yang kini mendapat ribuan tontonan, kedengaran bunyi pengera kebakaran, diiringi dengan jeritan panik dan kekeliruan jemaah yang cuba memahami apa sebenarnya yang sedang berlaku.