Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio menyifatkan Arif Aiman Mohd Hanapi semakin mendapat sentuhan terbaik selepas beraksi 90 minit menentang Sri Pahang FC tempoh hari.

Pemain berusia 22 tahun itu yang sebelum ini dilanda kecederaan disenaraikan buat kali pertama dalam kesebelasan utama pada aksi Liga Super berdepan Sri Pahang pada 22 Jun lalu.

HYPE
Uban Hilang, Keyakinan Kembali! Alpecin Grey Attack Muncul Sebagai Hero Rambut Anda
Baca lagi →

Baca Juga:

Bidoglio nyata berpuas hati dengan aksi yang telah ditampilkan oleh Arif bagi membantu pasukan untuk meraih tiga mata berharga selain percaya penampilannya kali ini dilihat lebih menyakinkan selepas mengharungi fasa pemulihan sebelum ini.

“Arif Aiman pertama kali beraksi selama 90 minit dan kita semua tahu sejauh mana tahap prestasi Arif.

“Dia merupakan pemain yang cukup bagus dan telah beraksi dengan cukup baik kali ini.

“Dan saya percaya untuk perlawanan-perlawanan yang akan datang, prestasi Arif akan sentiasa meningkat dengan baik”, jelasnya.

Arif sebelum ini terlepas aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 bersama Harimau Malaya kerana mengalami kecederaan sehingga mengundang pelbagai persoalan dalam kalangan peminat.

Walaupun JDT beraksi tanpa Arif Aiman, namun ia tidak memberi masalah untuk mengutip 3 mata dalam tiga perlawanan Liga Super berturut-turut.

Skuad Harimau Selatan kini menghuni kedudukan teratas Liga Super dengan 12 mata dengan tanpa kalah selepas mengharungi 4 perlawanan.