Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio mengesahkan tonggak pasukan itu, Arif Aiman mengalami kecederaan sehingga terpaksa diketepikan.

Ketiadaan pemain itu ketika aksi Liga Super menentang Negeri Sembilan semalam mengundang pelbagai pertanyaan dalam kalangan peminat bola sepak tempatan.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

Baca Juga:

Walaupun JDT beraksi tanpa Arif Aiman, namun ia tidak memberi masalah untuk mengutip 3 mata selepas mencatat kemenangan 3-1 ke atas Negeri Sembilan hasil jaringan Bergson Da Silva dan Jordi Amat.

“Hector Bidoglio sahkan MVP Liga Malaysia, Arif Aiman mengalami kecederaan”, lapor wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

Keadaan ini sudah tentu memberikan tamparan hebat kepada skuad kebangsaan yang memerlukan khidmatnya untuk aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Kyrgyzstan dan Taiwan bulan Jun ini.

Pengendali skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon perlu memikirkan pengganti lain jika Arif Aiman tidak sempat pulih sebelum perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026.

Selain Arif Aiman, Harimau Malaya juga terlepas khidmat Faisal Halim yang masih menjalani rawatan pemulihan akibat terkena simbahan asid baru-baru ini.

Seorang lagi pemain sayap, Akhyar Rashid masih bergelut untuk mengembalikan semula tahap kecergasannya kerana baru sahaja pulih daripada kecederaan di bahagian kepala dan kaki selepas disamun minggu lalu.

Malaysia dijadualkan berdepan Kyrgyzstan di tempat lawan pada 6 Jun sebelum pulang ke tanah air menentang Taiwan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Jun.

Kemenangan amat penting untuk mendapatkan tiket automatik ke Piala Asia 2027 dan mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.