Arif Aiman sekali lagi menjadi nadi penting Harimau Malaya pada aksi Kelayakan Piala Asia menentang Laos.
Arif Aiman mencetak 1 gol dalam kemengan 3-0 skuad Malaysia.
GOL PEMBUKAAN BUAT MALAYSIA!
Arif Aiman dengan tipu daya sebelum menggegar gawang dari luar kotak penalti!#ACQ2027 #LAOMAS pic.twitter.com/545uuUZvP6
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) October 9, 2025
Selepas tamat perlawanan, Arif Aiman tidak lupa mengucapkan terima kasihnya kepada TMJ serta 7 pemain warisan yang sedang digantung oleh FIFA.
Nasib 7 pemain warisan itu kini berada di tangan FIFA dan FAM yang sedang dalam proses rayuan.
FIFA menjatuhkan hukuman berbentuk denda dan penggantungan setahun ke atas 7 pemain warisan tersebut – atas kesalahan pemalsuan dokumen.
FAM turut dikenakan tindakan oleh FIFA. Namun FAM yakin bahawa mereka ada bukti kukuh membuktikan 7 pemain tersebut pemain warisan yang sah.
Selepas tamat aksi berdepan Laos, calon Pemain Terbaik AFC 2025, Arif Aiman turut menyatakan sokongan kepada 7 pemain warisan yang sedang digantung dan mendoakan yang terbaik buat mereka.
Hal ini kerana, ketika ini, kes masih di peringkat rayuan. Dan FAM sudah menyatakan mereka sudah bersedia dengan semua bukti yang ada serta dokumen asal untuk dikemukakan kepada FIFA.
Pemain lincah itu tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada TMJ yang dianggap penyokong terbesar skuad Harimau Malaya.
Arif Aiman berkata: “Tahmiah kepada semua pemain yang telah bermain.
“Dan tak lupa juga kepada 7 orang pemain [warisan] yang dikenakan tindakan [oleh FIFA].
“Mereka tetap pemain [Harimau Malaya] dan rakyat Malaysia dan kita mendoakan [yang terbaik].
“Terima kasih buat penyokong dan tidak lupa kepada penyokong terbesar, Tunku Mahkota Ismail, TMJ. Itu sahaja.”
“Tahniah kepada semua pemain, tidak lupa kepada 7 pemain yang dikenakan hukuman. Mereka tetap pemain dan rakyat Malaysia, terima kasih kepada semua penyokong dan tidak lupa penyokong terbesar TMJ”, Arif Aiman.@ASTROARENA pic.twitter.com/yxPndRLi6d
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) October 9, 2025
Malaysia kini di landasan terbaik dalam kempen Kelayakan Piala Asia apabila mencatat satu lagi kemenangan. Menjadikan Malaysia kekal dengan rekod kemenangan 100%.