Bukan senang untuk mendapatkan tiket konsert BTS yang akan datang.
Di mana untuk mendapatkan sekeping tiket peminat perlu melalui beberapa saringan tertentu dan battle untuk mendapatkannya.
Setiap kali konsert BTS, peminat mereka – Army – bersedia untuk menewaskan Army yang lain dalam perebutan tiket.
Army di Malaysia bayar RM58k untuk tiket konsert BTS
Seorang Army – gelaran fandom BTS – dari Malaysia berjaya melakukannya. Di mana dia telah membelanjakan RM58,238.40 untuk tiket BTS.
Dia menulis: “Selesai mengunci tiket BTS guna laptop jiran sebelah rumah.”
Dan menunjukkan kos yang dia bayar untuk tiket di seksyen A4 tersebut.

Di ruangan komen netizen berbelah bagi pandangan tentang kesanggupan Army tersebut membelanjakan wang sebanyak itu untuk konsert K-pop.
Ada juga yang hairan, bagaimana dia boleh membayar sehingga RM58 ribu sedangkan tiket paling mahal adalah RM1,200 dan maksimum 4 keping sahaja boleh dibeli seorang.

Ada juga yang berseloroh dengan RM58 ribu itu: “Boleh bawa Jungkook balik ke?”

BTS ialah kumpulan muzik lelaki dari Korea Selatan yang ditubuhkan oleh Big Hit Entertainment (kini HYBE) pada tahun 2013.
BTS dianggap kumpulan K-pop lelaki paling berpengaruh di dunia pada ketika ini dan salah sebuah boyband paling berpengaruh di dunia.
BTS dianggotai oleh RM, Jin, SUGA, j-hope, Jimin, V dan Jung Kook, yang berkembang daripada kumpulan K-pop di Korea kepada fenomena global yang berjaya mengubah landskap industri muzik K-pop.
Mereka popular menerusi lagu-lagu seperti Dynamite, Butter, Boy With Luv, Fake Love dan Permission to Dance.
Selain mencatat jutaan jualan album di seluruh dunia, BTS juga menjadi artis Korea pertama yang mencapai pelbagai kejayaan besar dalam carta muzik antarabangsa termasuk Billboard Hot 100.
BTS bakal kembali menggegarkan Malaysia menerusi konsert jelajah dunia “ARIRANG” di Kuala Lumpur pada Disember 2026.
Menurut maklumat rasmi penganjur, BTS akan mengadakan dua persembahan di TM Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 12 dan 13 Disember 2026 (Sabtu dan Ahad). Kedua-dua konsert dijadualkan bermula pada jam 7.30 malam.