Aksi pra musim antara Arsenal menentang AC Milan mendapat sambutan yang memberangsangkan dari peminat di Singapura.

Seramai 22,800 penyokong hadir bagi menyaksikan perlawanan tersebut di Stadium Nasional, tidak sampai setengah kapasiti penuh venue itu sebanyak 55,000.

Baca Juga:

Komen Pengurus Arsenal Mengenai Penyokong Singapura

Jumlah kehadiran penyokong yang sedikit ini turut mendapat perhatian dari pengurus The Gunners iaitu Mikel Arteta.

Arsenal
Mikel Arteta

“Ya, saya ingin kelab beraksi di hadapan stadium penuh, malangnya, ia tidak berlaku hari ini (semalam).

“Tetapi mereka sentiasa memberikan menyokong penuh kepada kami. Saya berharap dapat bermain perlawanan seterusnya di sini,” katanya.

Arsenal
Sumber Gambar: Asean Football

Jumlah kehadiran perlawanan antara Arsenal menentang AC Milan nyata jauh berbeza ketika Manchester United turun menentang ASEAN All Stars di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Seramai 72.550 orang penonton hadir ke SNBJ untuk menyaksikan aksi antara kedua pasukan yang menyaksikan All Stars berjaya menewaskan United dengan keputusan 1-0.