Viktor Gyokeres semakin hampir menyertai Arsenal. Dan difahamkan pemain itu juga menjadi sasaran Manchester United.
Namun Fabrizio Romano menegaskan bahawa Gyokeres sentiasa mengutamakan Arsenal berbanding kelab lain termasuk Man United yang diuruskan bekas pengurusnya, Ruben Amorim.
🚨🇸🇪 Viktor Gyökeres’ priority is to join Arsenal this summer despite calls from Manchester United in the recent weeks.
Gyökeres always an option amid Šeško talks with no deal sealed so far, Arsenal keep assessing situation.
United remain keen but believe deal now unlikely. pic.twitter.com/iTdDbkEcCV
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) June 14, 2025
Belum pun rasmi pemain itu diperkenalkan sebagai pemain baharu Arsenal, peminat United sudah memuat naik video kompilasi sentuhan pertama Gyokeres yang dianggap teruk.
Malah mereka menganggap satu kelegaan apabila Gyokeres tidak menyertai Manchester United.
Ada yang menganggap, sebaik sahaja ada pemain yang melakukan cabaran fizikal kepada Gyokeres, pemain itu terus berubah menjadi Hojlund yang cemerkap.
Once dominated physically he becomes hojlund
— Magi (@CaptainMagi) July 22, 2025
Mereka hairan bagaimana boleh ada ramai yang memuji Gyokeres? Dan mempersoalkan bagaimana pemain itu boleh menjaringkan 50 gol semusim.

Malah ada peminat Manchester United yang menganggap, jika Gyokeres menyertai Man United, dia akan menjadi Lukaku. Affendi berkata: “Jika dia sertai kita, dia akan menjadi ‘sebijik’ seperti Lukaku dengan kita dulu.
“Dia hanya berguna dengan pasukan bermain serangan balas. Bukannya dengan pasukan yang bermain penguasaan bola. Peranan dia sama dengan Haaland, namun versi Temu.”
If he’s joining us, he’s going to be exactly like Lukaku did with us. He only can play with a counter attacking team. Not a team that plays with possession. His role is exactly like Haaland, but the Temu version of Haaland
— Affendi 🫥 (@akmalaffendi) July 22, 2025
Peminat Arsenal jelas sekali mempertahankan Gyokeres dan menganggap ianya satu penghinaan menyamakan Gyokeres dengan Rasmus Hojlund.
Peminat Arsenal juga tidak sabar untuk datang balik ke ciapan X tersebut pada akhir musim nanti apabila Gyokeres membuktikan kualiti sebenarnya.
Peminat Arsenal yang lain menambah: “Tidak mengapa, di Arsenal pasukan lebih baik dan dia tak perlu melakukan perkara seperti itu, cuma menunggu dalam kotak untuk menjaringkan gol.”
Gyokeres harapan baharu
Gyokeres antara penyerang terbaik di liga Eropah dalam beberapa musim kebelakangan ini. Dia dianggap pelengkap kepada projek Mikel Arteta di Arsenal.
Adakah akhirnya Arsenal memiliki penyerang 20-30 gol semusim selepas kali terakhir, Pierre Emerick Aubameyang.
Peminat Arsenal ada harapan baharu ke atas pemain itu untuk membantu mereka menamatkan kemarau EPL dan juga kemarau UCL.