Arsenal jatuhkan diri sendiri, bukannya orang lain yang jatuhkan mereka kata Arteta selepas pasukannya keciciran mata dan mencatat seri sekali lagi selepas mendahului.

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta, telah mengkritik prestasi pasukannya selepas mereka hanya mampu mencatat keputusan seri 2-2 menentang Crystal Palace di laman sendiri. Dalam pertemuan ini, Jean-Philippe Mateta muncul sebagai wira Palace apabila menjaringkan gol penyamaan pada lewat perlawanan.

Penyerang Palace, Mateta, mengambil kesempatan daripada hantaran lemah William Saliba untuk melambungkan bola melepasi penjaga gol Arsenal, David Raya yang sudah naik sedikit ke hadapan.

Keputusan seri ini memberi peluang kepada Liverpool untuk dinobatkan sebagai juara Liga Perdana Inggeris pada hari Ahad jika mereka mampu mengikat Tottenham.

Arteta menyatakan kekecewaannya terhadap cara Arsenal sebelum bertemu Paris Saint-Germain (PSG) pada hari Selasa dalam peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah.

Arsenal jatuhkan standard diri sendiri

Arsenal membenarkan Palace melepaskan 15 percubaan ke arah gol dan pasukan pelawat mencatat xG sebanyak 1.75, lebih baik daripada Arsenal.

rice

“Arsenal jatuhkan standard permainan hari ini dan memberikan pujian kepada Crystal Palace,” kata Arteta.

“Kami gagal untuk mencari konsistensi dalam permainan.

“Umpamanya, kami memberikan bola dengan cara mudah dan selalu lambat dalam setiap tindakan yang dilakukan. Saya sangat kecewa.”

“Kami telah bercakap tentang mengelak fokus kami hilang. Kami mempunyai cukup masa untuk bersedia menghadapi PSG, tetapi hari ini kami tidak melakukan perkara yang mencukupi untuk menang.”

Arteta juga mengakui kecewa dengan keputusan dan prestasi pasukannya.

“Kami tidak pernah mendapat konsistensi dalam banyak aspek untuk mendominasi permainan sepenuhnya. Kami sentiasa merasakan yang kami memiliki bola, tetapi tidak dapat mengawal permainan seperti biasa kerana prestasi kami di beberapa bahagian adalah di bawah standard.”

arteta salahkan pengadil
FILE PHOTO: Soccer Football – Premier League – Arsenal v Brighton & Hove Albion – Emirates Stadium, London, Britain – May 14, 2023 Arsenal manager Mikel Arteta REUTERS/David Klein EDITORIAL/File Photo

“Apabila anda tidak berada di tahap terbaik tetapi mempunyai kelebihan dua gol, anda harus mampu menamatkan permainan, tetapi kami tidak dapat melakukannya, terutamanya dengan apa yang berlaku pada gol kedua.”

Keputusan seri ini merupakan yang ke-13 bagi Arsenal dalam Liga Perdana musim ini, di mana sembilan daripadanya dicatatkan ketika mereka sedang mendahului.

Ini adalah jumlah tertinggi yang dicatat oleh sebuah pasukan sejak Tottenham pada musim 2007-08. Arteta percaya terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada isu ini.

arteta pc

Maka tidak hairan Arteta anggap Arsenal jatuhkan diri sendiri dalam banyak situasi yang membuatkan mereka kehilangan sangat banyak mata.

“Kadang-kadang saya harus memberikan pujian kepada lawan. Benar, kami telah bermain lima kali dengan sepuluh pemain,” tambah Arteta. “Terdapat banyak faktor, tetapi sudah pasti kami telah melakukannya dengan lebih baik pada masa lalu, terutamanya apabila kami mendahului dalam perlawanan.”