Arsenal mengingatkan peminat bola sepak di seluruh dunia bahawa tiada pasukan lebih banya memenangi Piala FA daripada mereka.

Semalam adalah final Piala FA 2023/24. Di mana Manchester United menjadi juara. Dengan kemenangan 2-1 ke atas Manchester City.

Kemenangan itu adalah trofi Piala FA ke-13 dalam sejarah Manchester United. Dalam aksi final semalam, Alejandro Garnacho dan Kobe Mainoo terus menunjukkan prestasi cemerlang mereka musim ini.

Manchester United Piala FA

Menjadikan dua pemain tersebut sebagai antara 2 pemain terbaik United pada musim ini. Erik Ten Hag sebelum ini menggariskan bahawa Garnacho dan Mainoo bukti bahawa kelab berada di landasan tepat dalam pembangunan pasukan dan pemain muda.

Namun kisah Piala FA ini sangat sinonim dengan Arsenal. Kerana mereka adalah kelab Inggeris paling banyak memenangi Piala FA.

Dan Arsenal hari ini membawa peminatnya untuk menjawab kuiz santai tentang Piala FA. Sambil menulis bahawa: “Kita ada legasi dalam Piala FA tidak seperti pasukan lain, pasukan kita menjulang trofi ini dengan rekod terbanyak 14 kali.

“Bolehkah anda namakan pemain pemain yang bermula dalam kesebelasan utama dalam kesemua 7 final kita sejak 2000?”

Skuad Mikel Arteta menamatkan musim 2023/24 tanpa sebarang piala. Namun secara keseluruhan mereka cemerlang meraih kedudukan di tangga kedua sekali lagi di belakang Man City.

Projek dan proses yang dimaksudkan Mikel Arteta sejak bertahun tahun ini benar benar sedang meningkat naik.

Dan Arsenal sedia untuk menyaingi Manchester City sekali lagi untuk musim hadapan dalam persaingan Liga Perdana Inggeris.