Arsenal keciciran mata di Merseyside, Liverpool berdepan dengan Everton.

Kunjungan Arsenal ke Merseyside kali ini adalah dengan harapan dapat mengurangkan defisit mata kepada 10 mata daripada Liverpool jika menang.

Namun itu tidak berlaku. Sebuah lagi kelab Merseyside, Everton telah membuatkan Arsenal keciciran mata.

Arsenal keciciran mata dalam perlawanan penting

Ini adalah perlawanan yang sangat penting buat skuad Mikel Arteta yang masih enggan menyerah kalah dalam persaingan kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

arsenal keciciran mata

Segalanya bermula dengan baik apabila Leandro Trossard memberikan pendahuluan buat pasukan pelawat.

Namun Arsenal gagal untuk menambah gol dan gagal untuk mencipta lebih banyak peluang.

Everton ikat Arsenal

N’Diaye menjadi penyelamat Everton daripada menelan 2 kekalahan berturut turut menentang 2 pasukan teratas liga.

Sebelum ini mereka kalah di tangan Liverpool dalam aksi derbi Merseyside.

VAR menghadiahkan penalti kepada Everton pada awal separuh masa kedua dan ianya disudahkan dengan tenang oleh N’Diaye.

Everton bertahan dengan baik

Selepas gol penyamaan tersebut, Everton bertahan dengan baik untuk memastikan 1 mata milik mereka.

Jordan Pickford cemerlang berkawal di hadapan gawangnya.

pickford
Jordan Pickford

Arsenal buntu untuk mencari gol kedua atau gol kemengan dalam perlawanan ini.

Arsenal hampa

Akhirnya wisel penamat dibunyikan dengan kedua dua pasukan terikat 1-1. Arsenal keciciran mata sekali lagi dalam perlawanan yang mereka harus menang untuk mengelakkan diri daripada terus ditinggalkan Liverpool jauh.

Dan kini mereka 11 mata di belakang The Reds.

Skuad Mikel Arteta selepas ini akan berdepan dengan Real Madrid pada aksi pertama suku akhir Liga Juara Juara Eropah.

Arteta
Arteta pada sidang media selepas perlawanan

Kemudian The Gunners akan melayan kunjungan Brentford di Emirates untuk aksi Liga Perdana Inggeris. Beberapa hari kemudian Real Madrid bertandang ke stadium Emirates untuk aksi timbal balik.