Mikel Arteta percaya pasukannya berhak menang untuk perlawanan menentang Sunderland.
Arsenal bolos 2 kali buat pertama kali musim ini dalam saingan EPL.
Dan mereka sempat ketinggalan pada awal perlawanan. Namun Arsenal bangkit menjadikan kedudukan 1-2. Malangnya pada masa kecederaan Sunderland mengikat mereka menjadikan kedudukan 2-2 yang kekal sehingga wisel penamat.
Arteta berkata: “Ia satu kekecewaan dan rasa kecewa kerana kami mahukan tiga mata.
“Kami terpaksa melalui perlawanan yang sukar, dan kami sudah menjangkakan perkara itu.
“Mereka bermain dengan cara yang sangat mengganggu rentak permainan kami. Kami perlu berdepan dengan situasi yang sememangnya sukar untuk diuruskan.
“Apabila rekod tanpa bolos kami berakhir, saya terasa sakit dalam diri, kerana saya tidak suka melepaskan sebarang gol.
“Kami dibolosi dengan cara yang tidak menepati standard kami. Namun selepas itu, pasukan memberi reaksi yang sangat baik, menunjukkan keperibadian serta keberanian yang tinggi.
“Kami menjaringkan gol pertama, kemudian gol kedua, dan kami benar-benar menguasai permainan.
“Kami perlu bergantung kepada pertahanan di dalam kotak apabila mereka mula menghantar enam atau tujuh pemain ke hadapan.
“Ia boleh berlaku daripada hantaran terus, lontaran ke dalam, atau apa-apa situasi lain. Kami boleh bertahan dengan lebih baik, tetapi hari ini kami gagal melakukannya dan akhirnya dibolosi.”
Arteta kesal pasukannya gagal memanfaatkan peluang terhidang pada saat akhir. Kerana menurutnya pasukan Arsenal layak menang – kata Arteta seperti dilaporkan The Guardian.
“Pada minit terakhir, kami mempunyai satu lagi peluang besar untuk menang, dan saya rasa kami memang layak mendapat kemenangan itu.”