Mikel Arteta mengakui bahawa, menamatkan saingan sebagai naib juara dalam 3 musim berturut turut telah memberikan pembelajaran berguna kepada mereka.
Dan dia sudah tahu beberapa formula untuk mengatasi perkara tersebut untuk bergelar juara. Menurut Arteta, Arsenal perlu fokus kepada semua perkara termasuk butiran kecil.
Wartawan bertanya: “Selepas tiga tahun berturut-turut menamatkan saingan di tempat kedua, mungkin mudah untuk berfikir bahawa ada had tertentu — bahawa kita tidak akan sampai ke tahap itu. Tetapi nampaknya mereka berjaya melangkaui batas itu. Bagaimana anda melakukannya?
Arteta berkata: “Kerana pada akhirnya, anda akan belajar bahawa perbezaan kecil untuk mencapai kejayaan atau tidak bergantung kepada banyak perkara.
“Ia boleh jadi pemain tersebut berdepan satu lawan satu dengan penjaga gol — jika dia menjaringkan gol itu, anda menjadi juara; jika penjaga gol menyelamatkan, anda bukan juara.”
Peminat Arsenal segera beranggapan bahawa Arteta merujuk kepada insiden kegagalan Son Heung Min menjaringkan gol menentang City beberapa musim lalu yang menjadi sebab Arsenal gagal juara.
🗣️ “He’s talking about Son”
Mikel Arteta hasn’t forgot that miss against Manchester City in the title race in recent seasons. 😂 pic.twitter.com/wqxwi1MSEP
— Connor Humm (@TikiTakaConnor) October 31, 2025
Seterusnya Arteta juga menggariskan bahawa isu kecederaan serta kesilapan percaturan oleh dirinya sendiri juga boleh menjadi faktor.
“Ia juga boleh jadi disebabkan kecederaan, keputusan lain, kesilapan saya sendiri serta banyak faktor yang kita tidak dapat kawal hasilnya. Apa yang kita boleh kawal hanyalah melakukan yang terbaik. Itu sahaja.”
Untuk mengatasi isu kecederaan yang kerap mengganggu mereka sebelum ini, Arteta musim ini menyediakan skuad yang sangat tebal dari segi ‘depth’.
Mereka boleh menurunkan pasukan kedua dengan 11 pemain berbeza dan masih memiliki kualiti pasukan utama EPL.