Mikel Arteta percaya Arsenal akan menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan jika mereka terus berusaha keras memenangi setiap perlawanan dan kembali merampas trofi daripada Manchester City.
Selama dua musim berturut-turut, Arsenal muncul naib juara dan Arteta kini lebih berazam untuk memenanginya musim depan.
Baca Juga:
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- Mengapa Pengguna CIMB Tidak Perlu Panik Dengan Servis DuitNow
- Menyesal Tidak Guna Lebih Awal, Peniaga Ini Kongsi Kelebihan Kad Kredit Untuk Bisnesnya
“Hanya ada satu cara – anda perlu lebih berazam, anda perlu lebih bercita-cita tinggi, anda perlu mempunyai banyak keberanian dan menolak setiap had ke tahap tertinggi yang kami boleh. Itulah langkah seterusnya,” katanya.
Arteta pernah menyertai kakitangan kejurulatihan Pep Guardiola pada 2016, memenangi lima trofi termasuk dua gelaran Liga Perdana, sebelum mengambil alih tugas di Arsenal pada Disember 2019.
2020/21 – Arteta finished 25 points behind Pep
2021/22 – Arteta finished 24 points behind Pep
2022/23 – Arteta finished 5 points behind Pep
2023/24 – Arteta finished 2 points behind Pep
Laugh at us all you want but the gap has closed. Next season we will win it. #COYG đŸ’ª..… pic.twitter.com/7Bo6SumZ9M
— Abubakar Mgalla (@AbubakarMgalla) May 20, 2024
The Gunners hanya dibezakan 2 mata dengan Manchester City pada musim ini namun Arteta tetap berbangga dengan kerja keras pemainnya dalam semua perlawanan EPL.
“Pertama sekali, saya berbangga dengan semua kakitangan dan pemain,” kata Arteta.
“Mereka melakukan kerja yang luar biasa dan mereka memberikan segala-galanya dan setiap apa yang kami boleh lakukan untuk cuba memenangi Liga Perdana ini.
“Malangnya, ia agak terlewat dan kami tidak dapat meraih apa yang kami mahukan. Mereka (City) merampasnya daripada kami. Ini musim kedua.
“Jika kami melakukan apa yang kami perlu lakukan, kami akan menjadi lebih dekat dan pada akhirnya kami akan memenanginya. Bila? Saya tidak tahu, tetapi jika kami terus mencabar dan menjadi begitu dekat, akhirnya ia akan berlaku.” tambahnya.