Arsenal pecat kitman mereka kerana tindakan solidaritinya ke atas Gaza.
Arsenal mengejutkan peminatnya sekali lagi dengan polisi kelab itu berkaitan dengan isu kemanusiaan.
Beberapa tahun lalu, mereka telah mengenakan tindakan ke atas Mesut Ozil kerana bersuara isu Muslim Uighur. Arsenal menganggap tindakan Ozil bertentangan dengan pendirian kelab yang atas pagar dalam isu politik.
Namun Ozil menegaskan bahawa dia bersuara atas dasar kemanusiaan.
Kini Arsenal mengambil tindakan ke atas kitman kelab tersebut yang sudah berkhidmat selama 20 tahun untuk mereka.
Ini selepas kitman, Mark Bonnick telah menyuarakan sokongan terbuka Palestin dan mengecam keganasan Zionis.
Mark Bonnick saman Arsenal
ELSC Legal kini mewakili Mark Bonnick, mahu mengheret Arsenal ke mahkamah kerana memeecat Mark Bonnick pada Natal 2024 yang lalu.
Mark Bonnick mahu saman Arsenal. Mark Bonnick kecewa dengan tindakan kelab kerana dia percaya, dia tidak melakukan sebarang kesalahan ketika menentang sebarang bentuk keganasan di dunia.
ELSC Legal berkaata: “Pusat Sokongan Perundangan Eropah kini melancarkan tindakan perundangan kke atas Arsenal di atas pemecatan Mark Bonnick yang tidak adil.
“Kes ini bukan hanya tentang Mark Bonnic, ianya tentang sikap tidak ambil peduli bola sepak berkaitan genosid dan berdiri menentang usaha menutup mulut peminat dan pekerja yang mahu bersuara tentangnya.”
ELSC Legal turut mengecam FIFA yang terus membisu isu berkaitan Israel. Dan masih enggan mengharamkan Israel daripada bola sepak termasuk kelab kelab mereka.
Sacked Arsenal kitman sues club for discrimination against his anti-Zionist views.
Exclusive from me in the @guardian today. https://t.co/9JF0HfDprE
— Liam O'Hare (@Liam_O_Hare) May 16, 2025
“Ketika FIFA terus membisu terhadap Israel, enggan mengarharamkan negara itu walaupun gesaan peminat bola sepak seluruh dunia, pekerja seperti Mark Bonnick pula dihukum kerana bersuara tentang genosid.
“Pemain pemain bola sepak Palestin dibom dan seluruh pasukan mereka dihancurkan di Gaza. Kelab seperti Arsenal pula menghukum staf mereka yang bersuara?”
Tindakan Arsenal pecat Mark Bonnick tidak munasabah
Leyla Hamid akui kecewa dengan tindakan Arsenal pecat Mark Bonnick yang menurutnya, bukan dipecat kerana ada salah laku ketika bekerja, namun kerana bersuara untuk Palestin.
“Tiada salah laku, tiada kebencian, cuma solidariti. Arsenal harus meminta maaf dan terima kembali Mark untuk bekerja, dan hentikan mendiamkan sokongan ke atas Palestin,” tulis Leyla.
After more than 20 years of service, Arsenal fired former kit man Mark Bonnick. Not for any wrongdoing but simply for standing with Palestine.
There was no misconduct. No hate. Just solidarity.@Arsenal must apologise, reinstate Mark, and stop silencing support for Palestine. pic.twitter.com/zpRFJvTBR3— Leyla Hamed (@leylahamed) May 16, 2025
Peminat percaya, Arsenal pecat Mark Bonnick kerana tekanan daripada penaja yang ada kaitan dengan Israel. Beberapa tahun lalu, beberapa penaja pro Israel mengecam tindakan Elneny yang terbuka bersuara menyokong Palestin.
Namun Arsenal menyatakan bahawa setiap pemain mereka berhak mengeluarkan pandangan mereka.
Arsenal sponsor Lavazza wants footballer Mohammed Elneny to be suspended for his tweet in support of Palestine, but the club says Elneny is “entitled to express (his) views” pic.twitter.com/5vB3UoQe7z
— TRT World (@trtworld) May 16, 2021
Peminat Arsenal seringkali digelar anti Yahudi oleh peminat kerana seringkali melabel Spurs sebagai Yids. Kini pastinya mereka mahukan kepastian daripada kelab.
Ada juga yang mempersoalkan, jika seorang kitman yang menyatakan sokongan ke atas Palestin dihukum atas sebab campur aduk politik dengan bola sepak, bagaimana pula dengan Zinchenko menurut mereka, kerana pemain itu sebelum ini terang terangan menyatakan sokongan ke atas Israel.