Arsenal singkirkan Real Madrid daripada suku akhir Liga Juara Juara Eropah.
Real Madrid melayan kunjungan Arsenal dalam usaha mereka mahu membalikkan defisit 0-3 daripada perlawanan pertama.
Real Madrid melakukan serangan awal dengan bola didada Mbappe ke gawang, namun dia dalam kedudukan ofsaid.
Vinicius Jr terus menjadi perancang sayap yang menggerakkan serangan awal Madrid.
Panenka Saka diselamatkan
Arsenal kemudian dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-13, namun Bukayo Saka membuat keputusan silap ketika dia melakukan panenka yang diselamatkan Courtois.
Kira kira 10 minit kemudian, pengadil meniup wisel penalti buat Real Madrid setelah Mbappe dijatuhkan Declan Rice.
Rice berang dengan pengadil kerana dia mendakwa dia tidak melakukan kekasaran ke atas Mbappe. Semakan VAR dibuat, dan dilihat sentuhan ke atas Mbappe agak lemah dan kemungkinan juga Mbappe ofsaid.
Pengadil kemudian membatalkan penalti dan kad kuning Rice.
Arsenal bertahan dengan sangat tersusun dan teratur menyukarkan Real Madrid. Pada masa kecederaan, Courtois melakukan satu lagi penyelamatan menafikan percubaan bahaya lawan.
Separuh masa pertama berakhir dengan 0-0.
Separuh masa kedua lebih menghiburkan
Pada separuh masa kedua, aksi menjadi lebih rancak. Bukayo Saka menebus kesilapannya pada separuh masa pertama dengan gol licik mengatasi Courtois pada minit ke-65.
Namun hanya 2 minit kemudian Real Madrid menjadikan kedudukan 1-1 menerusi gol oleh Vinicius Jr.
Arsenal kekal dengan disiplin bertahan yang luar biasa. Membuatkan Real Madrid mati kutu di bahagian serangan.
Arsenal singkirkan Real Madrid
Pada masa kecederaan, Garbriel Martinelli menjadikan agregat 5-1 menerusi gol lewat perlawanan.
Arsenal singkirkan Real Madrid daripada UCL. Dan Arsenal akan berdepan dengan PSG pada separuh akhir akan datang.
Ini adalah kali pertama Arsenal mara ke separuh akhir UCL sejak kali terakhir pada 2009.
Arsenal are through to the semi-final of the Champions League for the first time since 2009!
Back in the big time. 💪 pic.twitter.com/H0B2Hp6k5G
— Squawka (@Squawka) April 16, 2025